Renungan Bersama

Renungan Bersama

"Jaga diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka"

"Janganlah kamu meninggalkan solat sekali kerana kamu akan meninggalkannya banyak kali, jangan kamu melakukan kejahatan sekali kerana kamu akan melakukannya banyak kali"

"Mulakan perubahan yang kecil, bermula dalam diri kamu sendiri dan berubahlah mulai sekarang"

"Perbetulkan setiap niat atas pekerjaan/perbuatan yang kita lakukan hanya kerana Allah"

"Orang yang baik adalah orang yang baik agamanya iaitu menunaikan solat 5 waktu dan orang yang baik akhlaknya"

Thursday, November 08, 2012

Zikir kekayaan dunia akhirat


Panduan solat sunat syukur


Doa memohon agar Allah memperbaiki diri kita setiap masa


Doa untuk pelajar


Doa untuk mengelak lupa


Doa mohon ketetapan hati


Doa ketika anak di atas ribaan


Doa anak nakal


Doa agar diri dan keluarga menjaga solat


Ayat pembatal sihir


Doa pelembut hati anak


Tafsir ayat 79 surah as-Saffat untuk elak sengatan binatang berbisa

Tafsir ayat 79 surah as-Saffat

وقال سعيد بن المسيب : وبلغني أنه من قاله حين يمسي { سلام على نوح في العالمين } لم تلدغه عقرب ذكره أبو عمر في التمهيد.

Bermaksud: Berkata Said bin Musayyab,

“Telah sampai kepadaku sesuatu, bahawa sesiapa yang mengucapkan pada petang hari “Salaamun ‘ala nuhin fil ‘aalamiin” nescaya ia tidak akan disengat kala jengking (atau binatang2 berbisa yang lain).

Ini disebut oleh Abu Amar bin Abdil Barr dalam at-Tamhid, dan dinukilkan oleh Al-Qurtubi. Jom kita amalkan sama2 :)
 
Sumber : FB Ustaz Zahazan

Sunday, July 08, 2012

Surah Ad-Dukhan

Rasulullah s.a.w.telah bersabda: "Sesiapa yg membaca surah ad-Dukhan setiap malam, tujuh puluh ribu malaikat mendoakan keampunan utknya".
(Riwayat Imam at-Tirmizi)

Surah Annas dan AlFalaq

Saidatina Aishah r.a.menceritakan apabila nabi sakit,nabi akan membaca dua surah iaitu surah annas dan surah alfalaq kemudian baginda akan menghembus kepada kedua tapak tangan baginda,kemudian baginda menyapu keseluruh badan baginda.Boleh baca bila kita demam,anak demam,dll.marilah sama sama kita menghidupkan sunnah ini.


Sumber : FB Ustazah Siti Nor Bahyah

Tuesday, June 12, 2012

3 golongan yang awal-awal masuk neraka

  1. Orang yang mengajar ilmu agama bukan kerana Allah tetapi riak.
  2. Qari - orang yang membaca Al-Quran bukan kerana Allah tetapi riak.
  3. Orang yang berperang tetapi bukan mati syahid sebaliknya ingin mengatakan bahawa dia seorang yang gagah/berani.

3 golongan orang yang bersedekah/berinfaq/membelanjakan harta

  1. Orang yang bersedekah/berinfaq/membelanjakan harta kerana riak (ingin dilihat dan menunjuk-nunjuk kepada orang lain dan ingin didengar bahawa dia seorang yang dermawan. Orang begini tidak mendapat pahala malah awal-awal dimasukkan ke dalam neraka.
  2. Orang yang bersedekah kerana takut diperkatakn orang.
  3. Orang yang bersedekah kerana niat dan keikhlasan kerana bersyukur di atas nikmat yang diberikan Allah. Golongan ini adalah golongan berjaya yang mendapat petunjuk.



Wednesday, February 15, 2012

Pewarna merah (e120) Cochineal

Tahukah anda bahawa pewarna merah (e120) Cochineal adalah berasal drpd sejenis serangga....

Hukum Bahan Pewarna (Cochineal) Dalam Islam

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Bahan Pewarna (Cochineal) Dalam Islam. Muzakarah telah bersetuju dan meluluskan penggunaan pewarna (cochineal) dalam makanan berasaskan kepada ukuran piawaian yang telah ditetapkan, tidak melebihi dari 0.003% - 0.006%.

Keterangan/Hujah:

- Cochineal ialah bahan pewarna yang diambil dari sejenis serangga kecil. Serangga ini direbus (menghasilkan warna merah perang) atau dipanggang dalam ketuhar panas (menghasilkan warna kelabu) atau atas kuali panas (menghasilkan warna hitam) dan kemudian dikeringkan. Lima (5) kilogram serangga cochineal dapat menghasilkan satu (1) kilogram pewarna carmine.

- Cochineal berasal dari Amerika Tengah dan Mexico. Penggunaannya dalam makanan setelah diposterurkan amat sedikit iaitu dengan kadar 0.003% - 0.006%.

- Penggunaan cochineal didapati boleh membunuh mikrob-mikrob yang beracun dan ia tidak merbahaya kepada manusia dan juga tidak memberi kesan sampingan.

- Mengikut pandangan Imam Malik dan Abu Hanifah dalam Hasyiah I’anah al-Talibin, Juzu’ 1, halaman 89-90, penggunaan serangga ini adalah dibolehkan memandangkan ia merupakan jenis binatang yang darahnya tidak mengalir.

- Penggunaan serangga ini sebagai sumber bahan pewarna tidak mendatangkan bahaya kepada manusia dan ia tidak mempunyai bahan yang boleh memudharatkan. Berdasarkan kaedah asal di dalam hukum Islam di mana “Asal setiap sesuatu itu adalah harus”, maka ia boleh digunakan selagimana tidak mendatangkan mudharat dan dikawal.
Sumber : FB Sahabat Halal Jakim

Tuesday, February 07, 2012

Sepuluh malam terakhir

Hadis Saidatina Aisyah r.a katanya:
Apabila tiba sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, Rasulullah s.a.w menghidupkan ibadat malam. Baginda membangkitkan isteri baginda. Baginda amat bersungguh-sungguh dan bersemangat sekali dalam menghidupkan malam tersebut.
(Riwayat Muslim, #2008)

Apabila kubur berkata-kata

Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w."

Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-

1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing."
Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.

Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah s.w.t. dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."
Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran.

Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Quran, maka al-Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.

Admin : Hendra Setiawan Bin Mustari (Indonesia)

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh, admin izinkan anda semua share segala ilmu yg kami kongsikan di facebook ini, semoga kita tergolong dalam orang2 yang teringin menyambung tugas RASULULLAH menyebar DAKWAH dimuka bumi ini. :) Syukran Jazilan
 

Tuesday, January 31, 2012

Doa supaya mendapat anak soleh

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ
Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh. (As-Safaat: 100)

Thursday, January 26, 2012

Cara tukar soalan sekuriti dalam e-mail yahoo

E-mail kita mungkin telah lama didaftarkan dan terdapat soalan sekuriti yang kita pilih semasa mendaftar. Soalan sekuriti ini akan ditanya apabila kita terlupa password. Jadi untuk memastikan soalan sekuriti sentiasa dikemaskini dengan keadaan semasa, cara-cara menukar soalan sekuriti adalah seperti berikut:

1. Klik pada arrow sebelah kanan username and, klik Account Info



2. Masukkan password dan klik Sign-In


 3. Pada bahagian Sign-In and Security klik Update password-reset info


4. Ini merupakan soalan sekuriti yang lama dan klik Change Questions and Answer untuk memilih soalan yang lain. Pastikan soalan serta jawapan anda senang diingat. Kemudian klik Save



Cara nak tukar password e-mail yahoo

1. Klik pada arrow di sebelah kanan username anda, kemudian klik Account Info



2.  Masukkan password e-mail anda seperti biasa dan klik Sign-in


 3. Scroll pada bahagian Sign-In and Security dan klik Change your password



4. Masukkan password anda yang lama dan baru, klik Save



Monday, January 16, 2012

Best Blog Widget

Berikut merupakan senarai website yang menyediakan widget percuma yang boleh dimasukkan ke dalam blog.

  1. www.cbox.com - Laman web yang menyediakan kemudahan chat box bagi memudahkan para pelawat blog anda berinteraksi dan berchatting selain bertukar-tukar link. Pengguna harus mendaftar di laman web ini untuk mendapatkan widget tersebut. 
  2. www.mixpod.com - Laman ini menyediakan MP3 berbentuk playlist dimana andda hanya perlu search nama kumpulan atau lagu yang anda ingini. Kemudian pilih design yang disediakan, seterusnya copy & paste kod yang diberi. Pengguna juga perlu mendaftar akaun untuk mendapatkan widget tersebut.
  3. www.clocklink.com - Menyediakan pelbagai jenis jam dengan kod html.
  4. adiwidget.blogspot.com - Menyediakan pelbagai widget berbentuk animasi dan karikatur selain animasi berbentuk islamik. Pilih sahaja di kedudukan mana yang ingin diletakkan di dalam blog anda. Ikuti langkah-langkah untuk memuatkan widget tersebut di dalam blog anda. 
  5. www.123-slideshow.com - Merupakan flash slideshow creator. Pilih jenis slideshow dikehendaki dan muatnaik gambar. Hanya format .jpg dan .png sahaja yang diterima dan 8 keping gambar sahaja dibenarkan.
  6. www.al-habib.info - Menyediakan widget berbentuk islamik termasuk kalendar, jam, penunjuk kiblat, asma ulhusna dan banyak lagi.
  7. www.feedjit.com - Menyediakan widget di mana anda boleh melihat dari mana pelawat-pelawat anda datang.
  8. www.flashvortex.com - Menyediakan widget percuma seperti banner, text maker, buttons, menu dan juga clocks. Anda juga mempunyai pilihan untuk edit mengikut citarasa tersendiri.
  9. www.widgetbox.com - Menyediakan pelbagai jenis widget seperti jam, kalendar, peta, borang, slideshow, cuaca dan banyak lagi.
  10. www.linkwithin.com - Menyediakan post berkaitan dengan thumbnail untuk memudahkan pelawat melayari blog anda, posting yang lama tidak terabai begitu sahaja, meningkatkan pageview selain memastikan pembaca kekal membaca blog anda.
  11. www.hitarek.com - Menyediakan widget kalendar dan jam yang menarik.
  12. www.mylivesignature.com - Dapatkan tandatangan anda sendiri secara online dan memuatkannya di setiap posting percuma.
  13. widgetindex.blogspot.com - Menyediakan pelbagai widget berbentuk animasi percuma.Anda juga boleh memuatnaik gambar anda pada widget jam yang dipilih.
  14. www.mybannermaker.com - Menyediakan widget untuk membuat banner dengan pelbagai saiz secara percuma.
  15. www.3dtextmaker.com - Reka teks dalam bentuk 3D mengikut kreativiti anda.
  16. www.waktusolat.net - Menyediakan widget waktu solat di Malaysia dan widget hadith

Wednesday, January 04, 2012

Doa menghindari rasa marah

اَللَّهُمَّ بَرِّدْ قَلْبِيْ بِالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَالْمَاءِ الْبَارِدِ. اَللَّهُمَّ نَقِّ قَلْبِيْ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ
Maksudnya: Ya Allah, sejukkanlah hatiku dengan salji, kesejukkan dan air sejuk. Ya Allah, bersihkanlah hatiku daripada dosa-dosa sebagaimana Engkau bersihkan baju putih daripada kekotoran.
(Riwayat at-Tirmizi)