Renungan Bersama

Renungan Bersama

"Jaga diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka"

"Janganlah kamu meninggalkan solat sekali kerana kamu akan meninggalkannya banyak kali, jangan kamu melakukan kejahatan sekali kerana kamu akan melakukannya banyak kali"

"Mulakan perubahan yang kecil, bermula dalam diri kamu sendiri dan berubahlah mulai sekarang"

"Perbetulkan setiap niat atas pekerjaan/perbuatan yang kita lakukan hanya kerana Allah"

"Orang yang baik adalah orang yang baik agamanya iaitu menunaikan solat 5 waktu dan orang yang baik akhlaknya"

Monday, April 05, 2010

Hadis Nabi Mengenai Ilmu

Niat : Permulaan Segala Amalan

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs Umar al-Khattab r.a. aku mendengar Nabi s.a.w. bersabda :"Sesungguhnya semua amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasulnya maka hijrahnya dinilai mengikut  niatnya menuju kepada Allah dan Rasulnya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya, maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrahnya itu.

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Balasan Mengkhianati Ilmu

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang sengaja mebuat pendustaan ke atasku maka sediakanlah tempatnya di dalam neraka".

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Kewajipan Menyampaikan Ilmu

Daripada Abdullah bin 'Amr r.a., sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda. " Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat dan ceritakanlah mengenai Bani Israil. Tiada sebarang kesempitan dan dosa."

(Riwayat Al-Bukhari)

Faedah Menyampaikan Ilmu

Daripada Zaid bin Thabit r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Allah menyerikan orang yang mendengar satu hadis daripada kami lalu ia menghafalnya sehingga ia menyampaikan kepada orang lain. Kemungkinan seseorang itu membawa suatu kefahaman kepada orang yang lebih memahami. Berkemungkinan juga orang yang membawa suatu kefahaman sebenarnya ia tidak memahami."

(Riwayat Abu Daud dan Al-Timizi)

Tiada Pengecualian Menuntut Ilmu

Daripada Anas Bin Malik r.a., bersabda Rasulullah s.a.w. "Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim".

(Riwayat Ibnu Majah dan Abu Ya'la)

Ilmu Asas Kebaikan

Daripada Mu'awiyah bin Abu Sufyan r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan padanya, nescaya Allah memberikan kefahaman agama kepadanya".

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Keutamaan Menuntut Ilmu

Daripada Sa'ad bin Abu Waqqas r.a. Nabi s.a.w. bersabda : "Kelebihan ilmu lebih aku sukai daripada kelebihan ibadat. Kebaikan dalam agama kamu ialah warak".
(Riwayat  Al-Hakim)

Pemimpin yang sesat

Daripada Thauban Khadam Rasullullah r.a. Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya perkara yang aku takuti ke atas umatku ialah pemimpin yang sesat".

(Riwayat Abu Daud dan Al-Timizi)

Ganjaran Menyampaikan Ilmu

Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesunggunya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit bumi ; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi selutuh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia".

(Riwayat al-Tirmizi)

Keikhlasan dalam Beragama

Daripada Tamim al-Dari r.a. Nabi s.a.w. bersabda: "Agama adalah 'nasihat'". Kami bertanya: "Terhadap siapa?" Baginda menjawab:"Terhadap Allah, kitabNya, RasulNya, pemimpin-pemimpin dan kaum muslimin umumnya".

(Riwayat Muslim)

Warisan yang Menguntungkan

Daripada Abu Darda' r.a. Nabi s.a.w. bersabda:"Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para nabi-nabi pula tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka mewariskan ilmu. Siapa yang mengambilnya ia telah mendapat bahagian yang banyak dan sempurna".

(Riwayat Abu Daud,al-Tirmizi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)

Bahana Kehilangan Ulama dan Ketandusan Ilmu

Daripada Abdullah bin 'Amr r.a., Nabi s.a.w. bersabda:"Sesungguhnya Alla tidak mencabut (menghilangkan) ilmu daripada manusia. Tetapi Allah mencabut ilmu dengan mencabut roh (mematikan) para ulama. Sehinggalah tiada orang yang alim ulama yang tinggal. Ketika itu, manusia akan melantik ketua mereka orang yang jahil. Apabila orang menanyakan sesuatu, mereka mengeluarkan fatwa tanpa asas ilmu. Maka, sesatlah mereka dan menyesatkan orang lain."

(Riwayat al-Bukhari)

Bekerjalah

Mencari rezeki yang halal dituntut oleh Islam, bertepatan dengan firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Katakanlah (Wahai Muhammad), beramal dan bekerjalah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan".

(Surah At-Taubah:105)

Ancaman menyembunyikan ilmu

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda:"Sesiapa ditanya tentang ilmu yang ia ketahui, kemudian ia menyembunyikannya, ia akan dikekang dengan kekangan daripada api neraka pada hari kiamat".

 (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Berhati-hati menyampaikan ilmu

Daripada Jarir bin Abdullah al-Bajali r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Siapa yang mengadakan ikutan yang baik dalam Islam, ia mendapat ganjaran amalan itu dan ganjaran orang yang mengamalkan selepasnya, tanpa kekurangan sedikitpun. Dan siapa yang mengadakan ikutan yang buruk dalam Islam ia mendapat dosa daripada amalan itu dan dosa orang yang mengamalkan selepasnya, tanpa kekurangan sedikitpun."

(Riwayat Muslim)