Dalam Al-Quran terdapat sebuah surah yang dinamakan surah Luqman, iaitu surah ke -31. Di dalamnya Allah menyatakan " Sesunguhnya Kami telah kurniakan kepada Luqman 'al-hikmah', bahawa bersyukurlah kepada Allah. Sesiapa yang bersyukur maka dia bersyukur kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang kufur maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dan Amat Terpuji". (Ayat 21). Al-Quran menceritakan bahawa luqman telah mengajar anaknya, seperti berikut :
1. Dan tatkala luqman berkata kepada anaknya, sewaktu dia memberikan nasihat:"Wahai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya perbuatan syirik itu satu kezaliman yang besar". (Ayat 13)
2. Dan Kami wasiatkan kepada manusia terhadap kedua ibu-bapanya. Ibunya mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan, dan menyusuinya dalam tempoh dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; kepada Akulah jua tempat kembali. (Ayat 14)
3. Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau tidak mengetahui sunggu adanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Dan bergaullah dengan mereka didunia dengan cara yang baik, dan turutlah jalan orang-orang yang kembali kepadaKu. Kemudian, kepada Akulah tempat kembali kamu semua, maka Aku akan menerangkan kepadamu segala yang keamu telah kerjakan (Ayat 15)
4. Wahai anakku! Sesungguhnya jika ada sesuatu sebesar biji sawi sekalipun, di dalam batu besar atau dilangit ataupun dibumi, nescaya akan didatangkan oleh Allah, kerana sesungguhnya Allah Amat Halus pengetahuanNya lagi Amat Meliputi. (Ayat 16)
5. Wahai anakku! Dirikanlah sembahyang dan suruhlah berbuat kebaikan serta laranglah perbuatan mungkar, dan bersabarlah atas bala bencana yang menimpamu.Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara yang sangat penting. (Ayat 17)
6. Dan janganlah engkau palingkan mukamu dari manusia dan janganlah engkau berjalan dibumi dengan berlagak sombong. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong dan membangga diri. (Ayat 18)
7. Dan sedehanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai. (Ayat 19)