Renungan Bersama

Renungan Bersama

"Jaga diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka"

"Janganlah kamu meninggalkan solat sekali kerana kamu akan meninggalkannya banyak kali, jangan kamu melakukan kejahatan sekali kerana kamu akan melakukannya banyak kali"

"Mulakan perubahan yang kecil, bermula dalam diri kamu sendiri dan berubahlah mulai sekarang"

"Perbetulkan setiap niat atas pekerjaan/perbuatan yang kita lakukan hanya kerana Allah"

"Orang yang baik adalah orang yang baik agamanya iaitu menunaikan solat 5 waktu dan orang yang baik akhlaknya"

Wednesday, October 27, 2010

Doa untuk mengelak sihir

Amalkan doa-doa di bawah untuk mengelak diri dari terkena sihir. Jadikannya sebagai amalan seharian. Moga-moga keluarga dan diri kita dilindungi Allah s.w.t. Sihir biasanya terjadi sewaktu kita sedang tidur.

Dibaca sebelum tidur.
Baca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas (3 Kul)

Dibaca sebelum membaca niat untuk menunaikan solat
 Allahhummainni A'uzubika minassyaithonirrajim minhamzihi wanafsihi wanafkhihi

Doa untuk mengelak dari sihir pukau yang diajar oleh Rasullullah s.a.w
A'uzubikalimatillahittammah minkulli syaitonin wahammah waminkulli 'ainillammah

Dibaca selepas solat
Surah Hud Ayat 56
 
"Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.