Renungan Bersama
Thursday, September 23, 2010
Panduan memilih suami/isteri
Panduan untuk bakal suami/isteri. Jangan memilih suami/isteri yang memiliki sifat-sifat berikut:
1. Al-Ananah - lelaki/perempuan yang banyak keluh kesah, banyak mengadu
2.Al-Mananah - lelaki/perempuan yang suka mengungkit
3. Al-Hunanah - lelaki/perempuan yang teringin dengan orang lain walaupun pada masa itu dia sedang berkawan/bertunang
4. Al-Hudafah - bila nak sesuatu dia nak sampai dapat
5. Al-Durafah - sibuk berdandan sehinga tidak peduli hal rumah tangga
6. As-Sallafah - lelaki/perempuan yang banyak bercakap
Elakkanlah diri kita daripada sifat-sifat berikut agar kita dapat menjadi suami/isteri yang menyenangkan. Amin.
Wednesday, September 22, 2010
Ikan Siakap Masak Masam Manis (Sweet Sour)
Bahan-bahan :
1 ekor ikan siakap (dilumur bersama garam, kunyit dan sedikit tepung jagung)
1 senduk cili kering yang telah dikisar bersama 3 biji bawang merah dan 1 biji bawang putih
3 sudu sos besar tomato
2 sudu besar sos cili
beberapa hirisan buah nenas dipotong dadu
setengah batang lobak merah dipotong dadu
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara :
1. Goreng ikan sehingga garing
2. Tumis cili kering yang telah dikisar sehingga garing
3. Masukkan air, sos tomato, sos cili, lobak merah, garam dan gula secukup rasa. Biar sehingga kuah pekat dan masukkan nenas.
4. Biar seketika dan boleh dihidangkan.
1 ekor ikan siakap (dilumur bersama garam, kunyit dan sedikit tepung jagung)
1 senduk cili kering yang telah dikisar bersama 3 biji bawang merah dan 1 biji bawang putih
3 sudu sos besar tomato
2 sudu besar sos cili
beberapa hirisan buah nenas dipotong dadu
setengah batang lobak merah dipotong dadu
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara :
1. Goreng ikan sehingga garing
2. Tumis cili kering yang telah dikisar sehingga garing
3. Masukkan air, sos tomato, sos cili, lobak merah, garam dan gula secukup rasa. Biar sehingga kuah pekat dan masukkan nenas.
4. Biar seketika dan boleh dihidangkan.
Monday, September 20, 2010
Adab Mendengar Azan
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.Cuba Kita amati. Mengapa Kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan sakaratul maut.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. '
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama Islam Kita wajib menghormati azan banyak fadhilatnya . Jika lagu kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan kelunya lidah Kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' yang mMana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan Syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin.
Subscribe to:
Posts (Atom)