Renungan Bersama

Renungan Bersama

"Jaga diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka"

"Janganlah kamu meninggalkan solat sekali kerana kamu akan meninggalkannya banyak kali, jangan kamu melakukan kejahatan sekali kerana kamu akan melakukannya banyak kali"

"Mulakan perubahan yang kecil, bermula dalam diri kamu sendiri dan berubahlah mulai sekarang"

"Perbetulkan setiap niat atas pekerjaan/perbuatan yang kita lakukan hanya kerana Allah"

"Orang yang baik adalah orang yang baik agamanya iaitu menunaikan solat 5 waktu dan orang yang baik akhlaknya"

Wednesday, September 22, 2010

Ikan Siakap Masak Masam Manis (Sweet Sour)

Bahan-bahan :
1 ekor ikan siakap (dilumur bersama garam, kunyit dan sedikit tepung jagung)
1 senduk cili kering yang telah dikisar bersama 3 biji bawang merah dan 1 biji bawang putih
3 sudu sos besar tomato
2 sudu besar sos cili
beberapa hirisan buah nenas dipotong dadu
setengah batang lobak merah dipotong dadu

1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :
1. Goreng  ikan sehingga garing
2. Tumis cili kering yang telah dikisar sehingga garing
3. Masukkan air, sos tomato, sos cili, lobak merah, garam dan gula secukup rasa. Biar sehingga kuah pekat dan masukkan nenas.
4. Biar seketika dan boleh dihidangkan.