Renungan Bersama

Renungan Bersama

"Jaga diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka"

"Janganlah kamu meninggalkan solat sekali kerana kamu akan meninggalkannya banyak kali, jangan kamu melakukan kejahatan sekali kerana kamu akan melakukannya banyak kali"

"Mulakan perubahan yang kecil, bermula dalam diri kamu sendiri dan berubahlah mulai sekarang"

"Perbetulkan setiap niat atas pekerjaan/perbuatan yang kita lakukan hanya kerana Allah"

"Orang yang baik adalah orang yang baik agamanya iaitu menunaikan solat 5 waktu dan orang yang baik akhlaknya"

Thursday, January 20, 2011

Golongan Orang Yang Mendustakan Agama

Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)?(1) Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,(2) dan dia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.(3) (Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang;(4) (Iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyanganya;(5) (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya), (6) Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya) (7)

(Surah Al-Maun: Ayat 1 - 7)