Banyakkanlah
berdoa dalam bulan puasa kerana Rasulullah s.a.w. bersabda yang
bermaksud: “Tiga bentuk doa yang dimustajabkan Allah: doa ibu bapa
terhadap anak; doa orang yang berpuasa; dan doa orang bermusafir.”
(Riwayat al-Baihaqi)
“Ada
tiga orang yang do’anya tidak ditolak iaitu (1) Pemimpin yang adil, (2)
Orang yang berpuasa ketika dia berbuka, (3) Do’a orang yang
terdzolimi.”(HR. Tirmidzi no. 2526, Shahih)
Amalkan membaca Surah Al-Imran Ayat 173
Mereka
juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada
mereka: Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk
memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya. Maka berita itu
makin menambahkan iman mereka lalu berkata: Cukuplah Allah untuk
(menolong) kami dan Dia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya
segala urusan kami). (173)
Surah Al-Baqarah ayat 127 dan 128
Dan
(ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan
binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa
dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami),
sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. (127) Wahai
Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah
diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang
berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan
cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah
Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (128)