Renungan Bersama

Renungan Bersama

"Jaga diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka"

"Janganlah kamu meninggalkan solat sekali kerana kamu akan meninggalkannya banyak kali, jangan kamu melakukan kejahatan sekali kerana kamu akan melakukannya banyak kali"

"Mulakan perubahan yang kecil, bermula dalam diri kamu sendiri dan berubahlah mulai sekarang"

"Perbetulkan setiap niat atas pekerjaan/perbuatan yang kita lakukan hanya kerana Allah"

"Orang yang baik adalah orang yang baik agamanya iaitu menunaikan solat 5 waktu dan orang yang baik akhlaknya"

Showing posts with label Ibadah. Show all posts
Showing posts with label Ibadah. Show all posts

Thursday, April 07, 2011

Kesempurnaan Solat

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".

Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.


Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."


"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham  maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."


Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Wednesday, April 06, 2011

Meninggalkan solat jumaat

Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w, ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:"Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?"

(Riwayat Muslim)

Huraian:
Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat jumaat hukumnya adalah fardhu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaan-Nya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah pintu hatinya lama-kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah menjadikan mereka semakin sesat dan tanpa segan terus melakukan dosa-dosa yang lain. Sesungguhnya orang yang dibenarkan meninggalkan solat Jumaat hanyalah mereka yang menghadapi kesukaran yang mencapai darjah keuzuran syar'i sepertimana yang berlaku kepada orang sakit dan orang musafir. Oleh itu sekiranya seseorang itu tiada sebarang alasan yang munasabah di sisi syarak untuk meninggalkan solat Jumaat, maka hendaklah mereka mengerjakannya kerana solat Jumaat selain dariapada suatu kewajiban dalam beribadat kepada Allah S.W.T ia juga merupakan suatu syiar Islam yang wajib dipelihara demi menjaga kesucian agama.

Thursday, November 25, 2010

10 Golongan yang tidak diterima solatnya

1. Sembahyang orang yang tiada berjemaah.
2. Sembahyang orang yang tidak mengeluarkan zakat.
3. Sembahyang orang yang berbuat zina.
4. Sembahyang orang yang memakan riba.
5. Sembahyang orang yang menyamun/mencuri.
6. Sembahyang orang yang memakan/meminum yang haram.
7. Sembahyang orang yang menjual yang haram.
8. Sembahyang orang yang lari daripada tuan.
9. Sembahyang perempuan yang masam mukanya/derhaka/bercakap dengan marah kepada suaminya.
10. Sembahyang isteri yang tidak meminta izin daripada suaminya untuk keluar rumah.

Wednesday, April 14, 2010

Rukun Islam

Ertinya menyembah dan mengabdikan diri kepada Allah melalui seluruh kehidupan, jiwa raga dan harta kita sehingga tertegaknya KEISLAMAN yang sempurna.


MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAT
"Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH dan Nabi MUHAMMAD itu pesuruhNYA". Dengan kalimah syahadat kita mengabdikan diri dengan sanubari dan pengakuan lidah bahawa Tuhan yang Maha Esa itu adalah ALLAH dan Nabi MUHAMMAD itu pesuruhNYA.

SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM
Dengan sembahyang, kita mengabdikan seluruh tubuh badan kita menyembah kepadaNYA. Mulai dari lidah membaca, tangan bergerak, mata, telinga dan fikiran berpusat dengan mengikut susunan rukun sembahyang yang diajarkan Nabi Muhammad s.a.w.

MENGELUARKAN ZAKAT
Dengan zakat, kita mengabdikan kepada Allah dengan menyerahkan sebahagian harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya.

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN
Dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan segala keinginan kepada Allah. Dengan menahan nafsu makan dan minum serta menjauhi segala laranganNYA, secara tidadk langsung melahirkan rasa keinsafan di dalam peribadi kita serta meningkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t.

MENGERJAKAN HAJI DI BAITULLAH
Mengunjungi ke Baitullah bagi mereka yang mempunyai kemampuan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Bookmark and Share

Tuesday, April 13, 2010

Islam, Iman dan Ehsan

Hadis sahih Muslim, daripada Abdullah bin Umar, katanya Umar al-Khattab ayahnya bercerita kepadanya seperti berikut:

Pada suatu hari kami berada di sisi Rasulullah s.a.w., tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang berpakaian sangat putih dan rambutnya hitam pekat. Sama sekali tidak nampak pada dirinya tanda-tanda seperti orang yang datang dari jauh. Tetapi tidak seorangpun daripada kami yang mengenali lelaki terebut. Dia duduk dekat dengan Nabi s.a..w. Dia menyandarkan kedua lututnya kepada kedua lutut Rasulullah. Dia juga meletakkan kedua tapak tangannya di atas kedua pahanya sendiri.

Dia berkata,"Wahai Muhammad beritahu kepadaku mengenai Islam."

Rasulullah s.a.w. bersabda,"Islam itu hendaklah kamu bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan bahawasanya Muhammad adalah utusan Allah. Hendaklah kamu mendirikan solat, membayar zakat, mengerjakan puasa Ramadhan dan menunaikan ibadah haji jika mampu dalam perjalanan."

Lelaki itu berkata, "Kamu berkata benar."

Umar berkata: Tentu saja kami merasa hairan kepada orang itu, sebab dia yang bertanya dan dia sendiri yang membenarkan (jawapan Rasulullah s.a.w).

Lelaki itu berkata lagi, "Beritahu kepadaku mengenai iman".

Rasulullah menjawab,"Hendaklah kamu beriman kepada Allah, para malaikatNya, kitab-kitabNya, para rasulNya, beriman kepada hari akhir dan juga kepada qadarNya yang baik dan yang buruk."

Lelaki itu berkata, "Kamu telah berkata benar." Kemudian beliau menyambung, "Beritahuku kepada diriku mengenai ehsan."


Rasulullah s.a.w. bersabda,"Hendaknya kamu menyembah Allah seakan-akan kamu melihatNya. Jika kamu berasa melihatNya maka hendaklah kamu merasa dilihat olehNya."

Lelaki itu berkata lagi,"Beritahuku kepadaku tentang hari kiamat."

Rasulullah menjawab, "Tidaklah orang yang ditanya lebih mengetahui dibandingkan dengan yang bertanya."

Lelaki itu berkata,"Kalau begitu beritahukan tentang tanda-tandanya sahaja."

Rasulullah bersabda,"Kalau sudah ada budak perempuan melahirkan tuannya; kalau kamu telah menyaksikan orang-orang yang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian dari kalangan orang-orang melarat pengembala kambing saling berlumba-lumba mendirikan bangunan yang tinggi."

Umar berkata: Kemudian lelaki itu pun pergi. setelah berlalu beberapa hari akhirnya Rasulullah s.a.w berkata kepadaku,"Wahai Umar, tahukah kamu siapakah lelaki yang (beberapa hari lalu) mengajukan pertanyaan:" Aku menjawab: Hanya Allah dan RasulNya saja yang mengetahui. Rasulullah bersabda,"Sesungguhnya dia adalah Jibrail. Dia datang kepada kalian untuk mengajarkan agama kepada kalian semua."

Bookmark and Share

Tuesday, April 06, 2010

Nasihat Luqman Kepada Anaknya

Download


Dalam Al-Quran terdapat sebuah surah yang dinamakan surah Luqman, iaitu surah ke -31. Di dalamnya Allah menyatakan " Sesunguhnya Kami telah kurniakan kepada Luqman 'al-hikmah', bahawa bersyukurlah kepada Allah. Sesiapa yang bersyukur maka dia bersyukur kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang kufur maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dan Amat Terpuji". (Ayat 21). Al-Quran menceritakan bahawa luqman telah mengajar anaknya, seperti berikut :

1. Dan tatkala luqman berkata kepada anaknya, sewaktu dia memberikan nasihat:"Wahai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya perbuatan syirik itu satu kezaliman yang besar". (Ayat 13) 
  
2. Dan Kami wasiatkan kepada manusia terhadap kedua ibu-bapanya. Ibunya mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan, dan menyusuinya dalam tempoh dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; kepada Akulah jua tempat kembali. (Ayat 14)

3. Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau tidak mengetahui sunggu adanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Dan bergaullah dengan mereka didunia dengan cara yang baik, dan turutlah jalan orang-orang yang kembali kepadaKu. Kemudian, kepada Akulah tempat kembali kamu semua, maka Aku akan menerangkan kepadamu segala yang keamu telah kerjakan (Ayat 15)

4. Wahai anakku! Sesungguhnya jika ada sesuatu sebesar biji sawi sekalipun, di dalam batu besar atau dilangit ataupun dibumi, nescaya akan didatangkan oleh Allah, kerana sesungguhnya Allah Amat Halus pengetahuanNya lagi Amat Meliputi. (Ayat 16)

5. Wahai anakku! Dirikanlah sembahyang dan suruhlah berbuat kebaikan serta laranglah perbuatan mungkar, dan bersabarlah atas bala bencana yang menimpamu.Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara yang sangat penting. (Ayat 17)

6. Dan janganlah engkau palingkan mukamu dari manusia dan janganlah engkau berjalan dibumi dengan berlagak sombong. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong dan membangga diri. (Ayat 18)

7. Dan sedehanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai. (Ayat 19)









Bookmark and Share