Renungan Bersama

Renungan Bersama

"Jaga diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka"

"Janganlah kamu meninggalkan solat sekali kerana kamu akan meninggalkannya banyak kali, jangan kamu melakukan kejahatan sekali kerana kamu akan melakukannya banyak kali"

"Mulakan perubahan yang kecil, bermula dalam diri kamu sendiri dan berubahlah mulai sekarang"

"Perbetulkan setiap niat atas pekerjaan/perbuatan yang kita lakukan hanya kerana Allah"

"Orang yang baik adalah orang yang baik agamanya iaitu menunaikan solat 5 waktu dan orang yang baik akhlaknya"

Showing posts with label biskut. Show all posts
Showing posts with label biskut. Show all posts

Thursday, June 03, 2010

Chocolate Almond Chip


Bahan-bahan:
250gm mentega
200gm gula castor
400gm tepung gandum
50gm serbuk koko
50 gm badam cincang
50gm coklat chip
1 sudu besar baking powder

Cara-cara:
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang
2. Ayak tepung, koko dan baking powder
3. Masukkan tepung yang telah diayak, badam dan coklat chip. Gaul hingga sebati
4. Sediakan dulang yang disapu mentega dan bentukkan mengikut kegemaran
5. Bakar

Bookmark and Share

Almond London

Bahan-bahan:
170gm mentega
120gm gula castor
230gm tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu soda bikarbonat
100 biji badam
Badam cincang (untuk hiasan)
500gm coklat masakan
3 sudu besar minyak jagung

Cara-cara:
1. Pukul mentega dan gula castor hingga kembang
2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan soda yang telah diayak
3. Ambil 5gm adunan dan masukkan 1 biji badam. Masukkan dalam cup kertas. Bakar hingga kuning
4. Cairkan kepingan coklat masakan dengan minyak jagung hingga pekat
5. Tuang coklat diatasnya dan taburkan badam yang dicincang


Bookmark and Share

Biskut Gajus


Bahan-bahan:
250gm mentega
310gm tepung gandum
30gm susu tepung
150gm gula aising
1 biji kuning telur
50gm gajus ditumbuk halus
gajus untuk hiasan

Cara-cara:
1. Pukul gula dan mentega hingga kembang
2. Masukkan kuning telur, tepung dan gajus yang ditumbuk hingga sebati
3. Gunakan acuan gajus, terap dan sapu kuning telur di atasnya

Bookmark and Share

Biskut Makmor


Bahan-bahan:
900gm mentega
250gm tepung
15gm gula aising
15gm minyak masak
30 ml susu segar


Inti:
230gm kurma
10gm mentega
30gm gula aising
sedikit air


Cara-cara:
1. Campurkan mentega, tepung, gula aising, minyak masak dan susu segar. Uli menjadi doh dan sejukkan
2. Cincang kurma, campurkan mentega dan air. Gaul hingga adunan menjadi lembut
3. Ambil sedikit inti dan masukkan dalam doh
4. Bulatkan doh dan letak dalam dulang pembakar
5. Bakar 180 darjah selama 20 minit
6. Taburkan gula aising setelah masak

Bookmark and Share