Renungan Bersama

Renungan Bersama

"Jaga diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka"

"Janganlah kamu meninggalkan solat sekali kerana kamu akan meninggalkannya banyak kali, jangan kamu melakukan kejahatan sekali kerana kamu akan melakukannya banyak kali"

"Mulakan perubahan yang kecil, bermula dalam diri kamu sendiri dan berubahlah mulai sekarang"

"Perbetulkan setiap niat atas pekerjaan/perbuatan yang kita lakukan hanya kerana Allah"

"Orang yang baik adalah orang yang baik agamanya iaitu menunaikan solat 5 waktu dan orang yang baik akhlaknya"

Thursday, April 14, 2011

8 perkara penyebab doa tidak makbul

Ibrahim Adham pernah ditanya, "Apa sebabnya doa kami tidak diperkenankan, sedangkan Allah s.w.t. telah berjanji bahawa orang yang berdoa akan diperkenankan-Nya?"

Jawab Ibrahim Adham, "Sebab hati kamu telah mati!"

Mereka terkejut mendengar jawapan Ibrahim tadi, lantas bertanya lagi,"Apa yang menyebabkan hati kami mati?"

Jawab Ibrahim Adham, "Kerana lapan perkara, yakni pertama, kamu mengetahui hak Allah tetapi kamu tidak melaksanakannya. Kedua, kamu baca Al-Quran tetapi kamu tidak mengamalkannya. Ketiga, kamu katakan kamu cinta kepada Rasulullah s.a.w. tetapi kamu tidak mematuhi sunnahnya. Keempat, kamu katakan kamu takut mati tetapi kamu tidak bersiap-siap menuju alam kubur. Kelima, Allah mengatakan bahawa syaitan itu adalah musuh kamu maka hendaklah kamu jadikan ia sebagai musuh, tetapi kamu masih lagi berbuat maksiat dengan mengikut pujukan syaitan. Keenam, kamu katakan kamu takut akan api neraka tetapi kamu campakkan diri kamu ke dalamnya. Ketujuh, kamu katakan kamu suka syurga tetapi kamu tidak berusaha supaya masuk ke dalamnya. Kelapan, kamu bangkit dari tempat tidur lalu kamu sembunyikan aib-aib kamu sedang aib-aib orang lain kamu bentangkan di hadapan kamu. Kamu telah memusuhi Tuhan dan Pencipta kamu sendiri, maka bagaimana mungkin Dia memperkenankan doa kamu?"