Renungan Bersama

Renungan Bersama

"Jaga diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka"

"Janganlah kamu meninggalkan solat sekali kerana kamu akan meninggalkannya banyak kali, jangan kamu melakukan kejahatan sekali kerana kamu akan melakukannya banyak kali"

"Mulakan perubahan yang kecil, bermula dalam diri kamu sendiri dan berubahlah mulai sekarang"

"Perbetulkan setiap niat atas pekerjaan/perbuatan yang kita lakukan hanya kerana Allah"

"Orang yang baik adalah orang yang baik agamanya iaitu menunaikan solat 5 waktu dan orang yang baik akhlaknya"

Wednesday, April 13, 2011

Sepuluh tanda-tanda kiamat yang besar

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat“.Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya“. Kemudian beliau menyebutkannya:

  • Asap,
  • Dajjal,
  • Binatang,
  • terbit matahari dari tempat tenggelamnya,
  • turunnya Isa bin Maryam alaihissalam,
  • Yakjuj dan Makjuj,
  • tiga kali gempa bumi, sekali di timur,
  • sekali di barat dan
  • yang ketiga di Semenanjung Arab
  • yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(Riwayat Muslim)