Renungan Bersama

Renungan Bersama

"Jaga diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka"

"Janganlah kamu meninggalkan solat sekali kerana kamu akan meninggalkannya banyak kali, jangan kamu melakukan kejahatan sekali kerana kamu akan melakukannya banyak kali"

"Mulakan perubahan yang kecil, bermula dalam diri kamu sendiri dan berubahlah mulai sekarang"

"Perbetulkan setiap niat atas pekerjaan/perbuatan yang kita lakukan hanya kerana Allah"

"Orang yang baik adalah orang yang baik agamanya iaitu menunaikan solat 5 waktu dan orang yang baik akhlaknya"

Thursday, June 03, 2010

Biskut Gajus


Bahan-bahan:
250gm mentega
310gm tepung gandum
30gm susu tepung
150gm gula aising
1 biji kuning telur
50gm gajus ditumbuk halus
gajus untuk hiasan

Cara-cara:
1. Pukul gula dan mentega hingga kembang
2. Masukkan kuning telur, tepung dan gajus yang ditumbuk hingga sebati
3. Gunakan acuan gajus, terap dan sapu kuning telur di atasnya

Bookmark and Share

Biskut Makmor


Bahan-bahan:
900gm mentega
250gm tepung
15gm gula aising
15gm minyak masak
30 ml susu segar


Inti:
230gm kurma
10gm mentega
30gm gula aising
sedikit air


Cara-cara:
1. Campurkan mentega, tepung, gula aising, minyak masak dan susu segar. Uli menjadi doh dan sejukkan
2. Cincang kurma, campurkan mentega dan air. Gaul hingga adunan menjadi lembut
3. Ambil sedikit inti dan masukkan dalam doh
4. Bulatkan doh dan letak dalam dulang pembakar
5. Bakar 180 darjah selama 20 minit
6. Taburkan gula aising setelah masak

Bookmark and Share

Puding Kastard


Bahan-bahan:
1 tin sederhana tepung kastard
1 tin sederhana tepung jagung
1 tin jagung
3 cawan gula pasir
santan dari sebiji kelapa


Cara-cara:
1. Adunkan kesemua bahan hingga sebati
2. Masak di atas api sederhana besar dan sentiasa kacau supaya bahan bersatu
3. Setelah puding agak keras, masukkan dalam loyang dan sejukkan

Bookmark and Share

Agar-agar Pisang

Bahan-bahan:
10 biji pisang lemak manis dilecek
1/2 bungkus agar-agar
1 sudu besar susu cair
1 sudu besar kastard
3 1/2 cawan air
1/2 cawan kismis
sedikit esen vanilla

Cara-cara:
1. Rendam agar-agar dan masak dengan 3 1/2 cawan air hingga mendidih
2. Masukkan gula, esen vanilla dan adunan susu/kastard (dibancuh bersama)
3. Masak sekali lagi hingga agar-agar separuh hancur serta kelihatan bermanik
4. Masukkan kismis hingga kembang dan tuang dalam acuan
5. Bekukan dalam peti sejuk

Bookmark and Share

Buah Melaka

Bahan-bahan:

1/2 paket tepung pulut
1/2 biji gula melaka
1/2 biji kelapa parut (ambil putih sahaja)
1 sudu teh
sedikit pewarna hijau atau air daun pandan
1 cawan air suam

Cara membuatnya:

1. Campurkan garam kedalam air suam dan kacau sehingga larut
2. Masukkan air ke dalam adunan tepung pulut.
3. Tambahkan air sejuk dan adun tepung sehingga menjadi doh.
4. Potong gula melaka kecil-kecil dan ambil sedikit adunan tadi, masukkan gula melaka ke dalamnya dan gentel membulat
5. Didihkan air dalam periuk. Setelah memdidih masukkan adunan yang telah diuli.
6. Apabila timbul, angkat buah melaka dan gelekkan di atas kelapa parut

Bookmark and Share

Nasi Tomato

Bahan-bahan:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
i inci halia (dihiris)
3 biji bawang kecil (dihiris)
2 biji bawang putih (dihiris)
5 sudu tomato puri/sos tomato
1 kotak kismis
50 gm gajus
Bawang goreng
Daun sup
5 cawan beras


Cara membuatnya:

1. Basuh beras sehingga bersih dan ketepikan
2. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau
3. Masukkan tomato puri atau sos tomato, kismis dan gajus dan biarkan sebentar
4. Masukkan beras dan kacau rata. Kemudian masukkan air mangikut sukatan beras.
5. Bila dah masak, hidangkan bersama bawang goreng dan daun sup.


**Ayam Masak Merah


Bahan-bahan:
1 ekor ayam
20 tangkai cili kering
2 labu bawang besar
2 biji bawang putih
1/2 inci halia
3 sudu sos tomato
garam secukup rasa


Cara membuatnya:

1. Kisar cili kering, 1 labu bawang besar, bawang putih dan halia
2. Panaskan minyak, tumis cili yang telah dikisar sehingga garing
3. Masukkan sos tomato dan garam secukup rasa
4. Hiris bawang besar secara membulat dan masukkan di dalam kuali. Biar bawang layu sedikit dan boleh dihidang.


**Acar Nenas dan Timun


1/2 biji nenas dihiris nipis
1 biji timun dibuang kulit (belah dua dan hiris nipis)
1 labu bawang besar dihiris membulat
1 biji cili merah
6 sudu cuka makan
4 sudu gula
1 sudu teh garam


Cara membuatnya:

1. Kacau sebati semua bahan di atas

** Hidangan dimakan bersama Nasi Tomato

Bookmark and Share

Gulai Ikan Talang Masin bersama Nangka/Nenas

Bahan-bahan:
500 gm ikan talang
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 paket rempah kari ikan
sedikit halba campur
1 tangkai daun kari
1 biji kelapa diambil santannya
300 gm nangka / nenas
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1.  Potong nangka dan rebus sehingga empuk, buang airnya. Sekiranya menggunakan nenas, hiris nipis, rebus dan buang airnya.
2. Hiris bawang merah dan bawang putih
3. Tumis bawang putih, bawang merah halba dan daun kari sehingga naik bau dan kuning sedikit
4. Campurkan rempah kari dengan sedikit pati santan, kacau dan tumis sehingga garing
5. Masukkan santan dan biar mendidih
6. Kecilkan api untuk mengelakkan daripada santan meruap
7. Setelah mendidih, masukkan ikan talang dan nangka / nenas yang telah direbus terlebih dahulu.
8. Masukkan garam secukup rasa
9. Bila dah naik minyak, tutup api.

Bookmark and Share

Karipap Ayam/Daging

Bahan-bahan inti:
4 biji kentang dipotong dadu
1 paket rempah kari daging
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
100 gram udang kering
100 gm daging/ayam dipotong kecil-kecil
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
1 tangkai daun kari

Cara-cara:
1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Tumbuk udang kering sehingga halus
3. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga naik bau. Kemudian masukkan daun kari.
4. Masukkan rempah kari yang dicampur bersama sedikit air dan tumis sehingga garing
5. Masukkan  daging dan kentang. Kemudian masukkan air. Biar sehingga kentang dan daging empuk. Sekiranya belum empuk, tambahkan lagi air dan biar sehingga empuk dan kering.

Bahan-bahan kulit:
1/2 kilo tepung gandum
sedikit minyak / marjerin

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan masukkan ke dalam tepung.
2. Uli sehingga menjadi doh

Bookmark and Share

Sotong Goreng Tepung

Bahan-bahan:
1/2 kilo sotong putih dibersihkan dihiris sederhana
300 gm tepung gandum
2 biji telur dipukul
sedikit garam

Cara-cara:
1. Campurkan garam ke dalam tepung untuk memberi rasa pada tepung.
2. Celup sotong ke dalam telur kemudian salutkan dengan tepung.
3. Goreng di dalam minyak yang banyak.
4. Angkat bila sotong sudah kekuningan dan garing.

Bookmark and Share

Tempe Goreng Jawa

Bahan-bahan:
1 tempe dipotong dadu
2 biji tauhu dipotong dadu
100 gm ikan bilis
150 gm kacang tanah
1 senduk cili yang telah dikisar bersama bawang merah dan bawang putih
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Goreng tempe, tauhu, ikan bilis dan kacang, ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis cili sehingga garing. Kemudian masukkan gula dan garam mengikut citarasa.
3. Masukkan semua bahan yang telah digoreng dan kacau rata.
4. Biar seketika dan sedia dihidang.

Bookmark and Share