Renungan Bersama

Renungan Bersama

"Jaga diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka"

"Janganlah kamu meninggalkan solat sekali kerana kamu akan meninggalkannya banyak kali, jangan kamu melakukan kejahatan sekali kerana kamu akan melakukannya banyak kali"

"Mulakan perubahan yang kecil, bermula dalam diri kamu sendiri dan berubahlah mulai sekarang"

"Perbetulkan setiap niat atas pekerjaan/perbuatan yang kita lakukan hanya kerana Allah"

"Orang yang baik adalah orang yang baik agamanya iaitu menunaikan solat 5 waktu dan orang yang baik akhlaknya"

Thursday, June 03, 2010

Nasi Ayam

Bahan-bahan A :
(Sup Ayam)
1/2 kilo ayam dipotong kecil
1 btg kulit kayu manis
3 bunga lawang
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 inci halia garam secukup rasa
daun sup sebagai hiasan air

Cara-cara:
1. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia
2. Masukkan kesemua bahan di atas dan biar sehingga mendidih dan ayam masak.
3. Taburkan daun sup di atasnya

Bahan-bahan B:
(Kuah Sambal)
300 gm cili masak
2 ulas bawang putih
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Kisar cili dan bawang putih bersama sedikit air
2. Biarkan masak di dalam periuk.
3. Masukkan garam dan gula secukup rasa
4. Siap dihidang

Bahan-bahan C:
(Kuah Kicap)
10 tangkai cili padi
1 ulas bawang putih
Kicap secukup rasa

Cara-cara:
1. Tumbuk cili padi dan bawang putih
2. Masukkan bahan ditumbuk tadi di dalam mangkuk berisi kicap dan kacau rata
3. Siap dihidang

Bahan-bahan D:
(Nasi)
5 cawan beras
1 batang kulit kayu manis
3 bunga lawang
1 inci halia
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 helai daun pandan
7 cawan sup

Cara-cara:
1. Hiris bawang putih, bawang merah dan halia
2. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan bahan 1 di atas sehingga naik bau
3. Masukkan beras yang telah dibasuh dan kacau
4. Ambil sup yang telah masak tadi dan tuang ke dalam periuk berisi beras.
5. Masukkan daun pandan dan biar sehingga nasi masak.
6. Kacau nasi untuk memastikan nasi tidak mentah.
7. Siap dihidang

Bahan-bahan E:
1 ekor ayam (perap bersama halia, bawang putih, kicap, serai dan lengkuas dan cili kering yang telah dikisar) perap selama 1 jam dan goreng seperti biasa.

Dihidang bersama daun salad dan timun. boleh juga dimakan bersama kobis yang dihiris halus dan gaul bersama bahan C. Selamat Mencuba!

Bookmark and Share

Rendang Ayam

Bahan-bahan:
2 ekor ayam dipotong sederhana
10 ulas bawang merah
8 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
4 batang serai
1 tangkai daun limau purut
2 helai daun kunyit
15 tangkai cili kering
5 sudu kerisik

Cara-cara:
1. Kisar bawang, putih, bawang merah, halia, lengkuas dan serai
2. Kisar cili kering
3. Tumis cara 1 hingga naik bau kemudian masukkan cili kering
4. Masukkan santan dan biar mendidih 5. Masukkan ayam, letak kerisik daun limau purut dan daun kunyit yang dikoyak-koyak 6. Tunggu sehingga santan kering dan boleh dihidang.

Bookmark and Share

Masak Lemak Nenas dan Ikan Bilis

Bahan-bahan:
1 biji nenas dipotong nipis
50gm Ikan bilis dibelah
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1 biji kelapa diambil santan
1 sudu cili kering yang telah dikisar garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Nenas direbus terlebih dahulu bersama sedikit air dan buang air tersebut.
2. Ambil santan kelapa, bawang merah, bawang putih dan kunyit yang telah ditumbuk dan cili kering ke dalam periuk.
3. Biar mendidih.
4. Masukkan nenas dan ikan bilis
5. Masukkan garam secukup rasa dan boleh dihidang.

Bookmark and Share

Pajeri Nenas

Bahan-bahan: 
1 biji nenas 
1 batang kulit kayu manis 
2 biji bunga lawang 
3 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih 
1 inci halia 
2 sudu kerisik 
2 cawan pati santan 

Cara-cara: 
1. Nenas dipotong membulat dan dibelah empat. Buang batang keras ditengahnya. 
2. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia. 
3. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau. 
4. Masukkan santan dan kerisik dan nenas. 
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 
6. Biar sehingga pekat dan boleh dihidang.

Bookmark and Share

Kek Marble

Bahan-bahan:
150 gm mentega
150 gm gula castor
300 gm tepung gandum
120 gm serbuk koko
Sedikit esen vanilla
5 biji telur ayam

Cara-cara:
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang
2. Masukkan telur sebiji-sebiji sehingga habis. Pukul sederhana
3. Masukkan tepung sedikit-sedikit dan pukul perlahan sehingga habis
4. Asingkan acuan kepada 2 bahagian
5. 1 bahagian diletakkan esen vanilla, 1 bahagian lagi dicampur bersama serbuk koko
6. Masukkan acuan ke dalam loyang berselang seli. 7. Bakar selama 45 minit.

Bookmark and Share

Sayur Paprik

Bahan-bahan:
1 batang lobak merah
4 batang jagung kecil kobis bunga
5 batang kacang panjang
300gm ayam dipotong kecil
1 biji bawang besar dibelah empat
2 sudu cili kering yang telah dikisar
1 ulas bawang merah ditumbuk
1 ulas bawang putih ditumbuk
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
2 batang serai
6 helai daun limau purut
sedikit air

Cara-cara:
1. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau
2. Masukkan cili kering dan goreng sehingga garing
3. Masukkan ayam dan sedikit air, sos tiram dan sos cili dan biar ayam sehingga masak
4. Masukkan serai dan daun limau purut 5. Masukkan lobak merah, jagung dan kobis bunga dan kacang panjang 6. Masukkan bawang besar, biar seketika dan tutup api.

Bookmark and Share

Peria Sambal

Bahan-bahan:
1 biji peria
20 gm ikan bilis
5 tangkai cili kering yang dikisar
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cawan air

Cara-cara:
1. Belah dua dan hiris peria. Buang biji di dalamnya.
2. Rendam peria di dalam air garam.
3. Kisar cili kering, ikan bilis, bawang merah dan bawang putih
4. Panaskan kuali dan tumis bahan kisar tadi
5. Bila dah garing masukkan air dan biar mendidih.
6. Masukkan peria dan garam secukup rasa dan biar sehingga lembut dan air sedikit kering.
7. Sedia dihidang.

Bookmark and Share

Rendang Daging


Bahan-bahan:
1 kilo daging dipotong sederhana kecil
10 ulas bawang merah
8 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
4 batang serai
1 tangkai daun limau purut
2 helai daun kunyit
15 tangkai cili kering
5 sudu kerisik

Cara-cara:
1. Kisar bawang, putih, bawang merah, halia, lengkuas dan serai
2. Kisar cili kering
3. Masukkan bahan kisar  dan daging ke dalam kuali. Biar sehingga air daging keluar dan daging empuk
4. Masukkan santan dan biar mendidih
5. Letak kerisik, daun limau purut dan daun kunyit yang dikoyak-koyak
6. Tunggu sehingga santan kering dan boleh dihidang.

Bookmark and Share

Chocolate Almond Chip


Bahan-bahan:
250gm mentega
200gm gula castor
400gm tepung gandum
50gm serbuk koko
50 gm badam cincang
50gm coklat chip
1 sudu besar baking powder

Cara-cara:
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang
2. Ayak tepung, koko dan baking powder
3. Masukkan tepung yang telah diayak, badam dan coklat chip. Gaul hingga sebati
4. Sediakan dulang yang disapu mentega dan bentukkan mengikut kegemaran
5. Bakar

Bookmark and Share

Almond London

Bahan-bahan:
170gm mentega
120gm gula castor
230gm tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu soda bikarbonat
100 biji badam
Badam cincang (untuk hiasan)
500gm coklat masakan
3 sudu besar minyak jagung

Cara-cara:
1. Pukul mentega dan gula castor hingga kembang
2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan soda yang telah diayak
3. Ambil 5gm adunan dan masukkan 1 biji badam. Masukkan dalam cup kertas. Bakar hingga kuning
4. Cairkan kepingan coklat masakan dengan minyak jagung hingga pekat
5. Tuang coklat diatasnya dan taburkan badam yang dicincang


Bookmark and Share