Renungan Bersama

Renungan Bersama

"Jaga diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka"

"Janganlah kamu meninggalkan solat sekali kerana kamu akan meninggalkannya banyak kali, jangan kamu melakukan kejahatan sekali kerana kamu akan melakukannya banyak kali"

"Mulakan perubahan yang kecil, bermula dalam diri kamu sendiri dan berubahlah mulai sekarang"

"Perbetulkan setiap niat atas pekerjaan/perbuatan yang kita lakukan hanya kerana Allah"

"Orang yang baik adalah orang yang baik agamanya iaitu menunaikan solat 5 waktu dan orang yang baik akhlaknya"

Monday, September 20, 2010

Adab Mendengar Azan



Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.Cuba Kita amati. Mengapa Kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan sakaratul maut.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. '
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama Islam Kita wajib menghormati azan banyak fadhilatnya . Jika lagu kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri?
 
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan kelunya lidah Kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' yang mMana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan Syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
 
'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin.

Rumahku Syurgaku

Artikel ni saya dapat melalui e-mail saya. Mari kita renungkan dan kongsikan bersama.

Tuesday, June 15, 2010

Anak Permata Hati

Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t yang telah mengurniakan pelbagai kenikmatan yang tidak terhingga kepada kita di dunia ini. Kadangkala manusia sering terlupa tentang 'nikmat' itu dan sering mengeluh walaupun dikurniakan dengan nikmat yang banyak. Hendaklah kita sentiasa menjadi manusia yang sentiasa bersyukur dan sentiasa bermuhasabah diri. Bersyukur kita tinggal di bumi Malaysia yang aman dan tenteram, bersyukur di atas kurniaan ibubapa, suami dan anak-anak yang sentiasa memberi cahaya di dalam rumahtangga. Bersyukur kita di atas kurniaan nikmat pancaindera yang membolehkan kita menjalankan ibadah dibumi Allah ini. Bersyukur kita di atas kurniaan orang disekeliling kita, nikmat kenderaan, nikmat sihat, dan bermacam-macam nikmat yang Allah kurniakan kepada kita yang mudah dilupakan oleh makhluk bernama manusia.

Anak-anak merupakan satu kurniaan yang tidak terhingga bagi insan yang berumahtangga. Bermula di alam rahim, ibu-ibu sudah merasai kehadiran bayi mereka. Melihat mereka membesar di alam rahim sehinggalah lahir ke dunia ini adalah satu keajaiban Allah yang patut disyukuri. Melihat mereka menjalani kehidupan seharian, belajar berdikari ketika ketiadaan ibu dan ayah, dan mempelajari sesuatu yang baru setiap hari. Anak-anak dididik dengan penuh syariat agar tidak melanggar hukum hakam agama. Di ajar mengaji, solat, membaca dan sebagainya agar anak-anak kecil ini sentiasa mengikut peraturan yang telah ditetapkan Islam.

"Ya Allah Ya Tuhan kami, Kau lindungilah anak-anak kami dari godaan syaitan dan kemungkaran. Sentiasa penuhi hati mereka dengan 'nur' Mu Ya Allah. Semoga anak-anak kami sentiasa menjadikan Islam sebagai agama mereka dan jauhilah mereka dari kelalaian. Jadikanlah anak-anak kami anak yang soleh, yang sentiasa taat akan suruhanMu, yang sentiasa mendoakan kedua Ibubapa. Anak-anak permata hati kami. Bersihkanlah hati mereka dari kekotoran dan jauhilah mereka dari kemaksiatan." Amin....

 

Doa pelindung untuk anak

Kadang-kadang anak-anak perlu dipuji apabila melakukan perkara yang baik walaupun kecil.
Kadang-kadang anak-anak perlu dimarahi apabila bercakap kotor walau pun sepatah perkataan.
Kadang-kadang anak perlu diminta pandangan yang bernas.
Kadang-kadang anak-anak perlu gurauan bersama kita tanpa berlebih-lebihan.
Kadang-kadang anak-anak perlu dibawa berjalan atau melancung ke luar negara.



Bookmark and Share

Wednesday, June 09, 2010

Ikan Tenggiri Masak Rempah

Resepi dari arwah nenek. Resepi orang dulu-dulu. Rempah tumbuk sendiri...tu yang sedap.

Bahan-bahan:
Ketumbar
Lada hitam
Lada manis
Halba
2 ulas Bawang putih
3 ulas bawang merah
2 sudu kerisik
20 biji cili kering dikisar
2 potong ikan tenggiri
1 inci kunyit hidup
50 gm asam jawa
1 biji terung panjang dibelah dua dan dipotong serong

Cara membuatnya:
1. Tumis bawang putih, bawang merah dan kunyit yang telah ditumbuk serta halba sehingga naik bau
2. Gaulkan kerisik, cili kering dan rempah ratus tadi dan masukkan ke dalam periuk dan biarkan sehingga garing
3. Perah air asam jawa dan biarkan mendidih.
4. Masukkan ikan dan tutup api apabila masak.


Bookmark and Share

Petua Awet Muda

  • Kupas sebiji ubi kentang, basuh dengan air bersih. Kemudian hiris nipis-nipis dan letakkan pada kelopak mata. Tunggu sekejap sambil relaks dan angkat hirisan kentang dan cuci muka seperti biasa. Mata akan berasa segar.Ambil mentimun 
  • Ambil mentimu segar, cuci dan parut. Tapis airnya dan sapu ke kulit muka dengan kapas. Hampas mentimun boleh digunakan untuk menghilangkan bekas jerawat.
  • Tomato yang agak masak dibelah dua, kemudian sapu ke wajah dan biar 15 minit. Kemudian bersihkan dengan air suam
  • Parutan lobak merah dapat digunakan sebagai masker untuk menghilangkan jerawat. Masker parutan lobak merah pada wajah dan biarkan selama 15 - 20 minit. Kemudian cuci muka dengan air suam.

Bookmark and Share

Monday, June 07, 2010

Doa Ketika Berwuduk

Doa-doa ini diambil dari beberapa laman web, melalui pembacaan dan dihimpunkan sebagai rujukan kita bersama.
 
Doa Selepas Azan dan Iqamah


Ertinya:
Ya Allah! Tuhan ini seruan yang sempurna dan solat yang didirikan, berilah Nabi Muhammad perantaraan dan keutamaan, dan tempatkan beliau pada tempat yang terpuji yang telah Engkau janjikannya. Sesungguhnya Engkau tidak akan memungkiri janji.



Doa Apabila Berwuduk 

Ertinya:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala Puji bagi Allah yang menjadikan air itu suci

Doa ketika mencuci muka sesudah niat


Ertinya:
Ya Allah, beri cahaya wajahku pada hari bercahaya muka-muka orang mukmin dan hitamnya muka-muka orang kafir


Doa ketika mencuci tangan kanan


Ertinya:
Ya Allah! Berikanlah kepadaku kitab dari sebelah kanan dan hitunglah amalanku dengan perhitungan yang mudah


Doa ketika mencuci tangan kiri


Ertinya:
Ya Allah, aku berlindung denganMu dari menerima kitab amalanku dan sebelah kiri atau dari sebelah belakang

Doa ketika menyapu kepala


Ertinya:
Ya Allah! Halangilah rambutku dan kulitku dari api neraka

Doa ketika mencuci kaki kanan


Ertinya:
Ya Allah! Tetapkanlah kedua kakiku di atas titian yang lurus

Doa ketika mencuci kaki kiri

Ertinya:
Ya Allah! Janganlah Kau gelincirkan kakiku di atas titan yang lurus

Doa sesudah wuduk


  Ertinya:
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, tiada sekutu bagiNya, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan utusanNya

Ya Allah! Jadikanlah aku dari golongan orang-orang yang ahli taubat dan jadikanlah aku dari golongan orang-orang yang bersuci dan jadikanlah aku dari golongan orang-orang soleh.
Semoga doa-doa kita dimakbulkan Allah...Amin.

Bookmark and Share

Sejarah Solat 5 Waktu

Subuh
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya adalah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat Pertama : Tanda syukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat Kedua : Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah swt telah memerintahkannya agar menyembelih Nabi Ismail a.s. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat. 
Rakaat Pertama : Tanda bersyukur bagi penebusan
Rakaat Kedua : Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya
Rakaat Ketiga : Tanda bersyukur dan memohon keredhaan Allah swt
Rakaat Keempat : Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas

Asar
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah swt dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus ditepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus a.s. lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah swt daripada empat kegelapan iaitu:
Rakaat Pertama : Kelam dengan kesalahan
Rakaat Kedua : Kelam dengan air laut
Rakaat Ketiga : Kelam dengan malam
Rakaat Keempat : Kelam dengan perut ikan Nun

Maghrib
Manusia  pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialan Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah swt dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
Rakaat Pertama : Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa
Rakaat Kedua : Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya
Rakaat Ketiga : Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah swt semata-mata, tiada dua atau  tiga.

Isyak
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah swt menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu bersembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda syukur
Rakaat Pertama : Tanda dukacitanya terhadap isterinya
Rakaat Kedua : Tanda dukacitanya terhadap saudaranya Nabi Harun
Rakaat Ketiga : Tanda dukacita terhadap Firaun
Rakaat Keempat : Tanda dukacita terhadap anak Firaun









Bookmark and Share

Thursday, June 03, 2010

Asam Pedas Ikan Tenggiri

Masakan ni memang favorite..

Bahan-bahan:
2 ketul ikan tenggiri papan * Ikan pari, ikan kembung, ikan cencaru pun sedap (ikut suka)
2 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
10 - 20 biji cili kering (dikisar)
5 biji bendi/terung (ikut suka)
1 biji tomato (dibelah 6)
1 inci kunyit hidup
air asam jawa
garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau
2. Masukkan cili kering dan tumis sehingga garing
3. Masukkan air asam jawa (jangan cair sangat nanti tak sedap)
4. Bila dah mendidih masukkan bendi/terung
5. Dah separuh masak masukkan ikan.
6.Masukkan garam secukup rasa.

Mudah je kan.. ada orang suka letak serai dan daun kesum. Saya suka yang macam ni je... Menyelerakan bila makan dengan nasi panas-panas... dimakan pula bersama sambal belacan

Bookmark and Share

Kuih Koci


Bahan-bahan:
1 kilo tepung pulut (diadun bersama air dan garam. Agak-agak tak melekat kat tangan ok la tu. Kalau terlembik adunannya, jangan risau tambahkan sedikit lagi tepung pulut)
1 biji kelapa parut (ambil putih je)
1 ketul gula melaka (gula kabong) / gula merah gula pasir (suka manis tambah gula)
semangkuk air semangkuk pati santan (dipanaskan)
Daun pisang

Cara masak inti:
1. Masak gula melaka / gula merah (nak campur pun boleh) bersama air (untuk menghancurkan gula).
2. Masukkan gula pasir.
3. Bila dah mendidih masukkan kelapa parut tadi dan gaul rata.
4. Bila dah masak ketepikan.
5. Ambil sedikit doh tadi dan letakkan inti kelapa di dalamnya. Uli membulat
6. Letakkan satu sudu pati santan di atas daun pisang dan bungkus kuih koci tu.
7. Bolehlah dikukus dan dihidangkan..

Bookmark and Share

Kek Coklat

Bahan-bahan:
150 gm mentega
150 gm gula castor
300 gm tepung gandum
120 gm serbuk koko
5 biji telur ayam

Cara-cara:
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang
2. Masukkan telur sebiji-sebiji sehingga habis. Pukul sederhana.
3. Ayak tepung bersama serbuk koko.
4. Masukkan tepung sedikit-sedikit dan pukul perlahan sehingga habis

Bookmark and Share