Renungan Bersama

Renungan Bersama

"Jaga diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka"

"Janganlah kamu meninggalkan solat sekali kerana kamu akan meninggalkannya banyak kali, jangan kamu melakukan kejahatan sekali kerana kamu akan melakukannya banyak kali"

"Mulakan perubahan yang kecil, bermula dalam diri kamu sendiri dan berubahlah mulai sekarang"

"Perbetulkan setiap niat atas pekerjaan/perbuatan yang kita lakukan hanya kerana Allah"

"Orang yang baik adalah orang yang baik agamanya iaitu menunaikan solat 5 waktu dan orang yang baik akhlaknya"

Sunday, January 30, 2011

Sifat malu yang sebenar

Daripada Imran bin Husain r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Malu tidak mendatangkan suatu hasilpun melainkan kebaikan".

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Tiada guna melengah-lengahkan amalan

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda:"Siapa yang melambat-lambatkan amalannya, keturunannya tidak akan bersegera untuknya".

(Riwayat Muslim)

Cara melaksanakan agama

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya agama adalah mudah. Tiada seorangpun yang berlebih-lebihan dalam agama melainkan ia dikalahkan. Perbetulkanlah, dekatkanlah dan bergembiralah. Bantulah diri kamu sendiri dengan beramal pada waktu selepas subuh, selepas gelincir matahari dan sebahagian malam".

(Riwayat al-Bukhari)

Jangan membebankan diri

Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi s.a.w bersabda:"Permudahkanlah, janganlah menyusahkan, tenangkanlah dan janganlah melakukan sesuatu yang menyebabkan orang menjauhkan diri dari kamu".

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Setiap hukum ada hikmahnya

Dari Abdullah bin Buraidah r.a., dari bapanya katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Dahulu aku pernah melarang kamu menziarahi kubur, maka sekarang kamu ziarihilah. Aku pernah melarang kamu memakan daging korbanmu lebih dari tiga hari, sekarang simpanlah sekadar yang kamu perlukan. Aku pernah melarang kamu minum minuman anggur kecuali dengan gelas biasa, sekarang minumlah dengan apa jua bekas minuman. Tetapi jangan sekali-kali kamu minum minuman yang memabukkan."

(Hadis Riwayat Muslim)

Menyukai suatu yang terbaik

Daripada Sahl bin Saad r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah adalah mulia. Ia menyukai kemuliaan. Ia juga menyukai akhlak yang tinggi dan membenci akhlak yang rendah."

(Riwayat al-Hakim dan al-Tabrani)

Hadis Rasulullah s.a.w ada menyebut " Sesungguhnya di dalam diri manusia ada seketul daging. Bila mana ia baik, maka baiklah seluruh anggota badannya dan bila mana ia rosak, maka rosaklah seluruh anggota. Ketahuilah itulah hati" 

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Tidaklah seorang Muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" 

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Golongan yang mendapat naungan Allah

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Tujuh golongan, Allah akan naungi mereka pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya: Imam yang adil, pemuda yang membesar dengan beribadat kepada Allah, insan yang hatinya terpaut dengan masjid, dua insan yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah, insan yang diajak (digoda) oelh wanita yang berpangkat dan cantik lalu ia berkata: "Sesungguhnya aku takutkan Allah.", insan yang bersedekah dengan cara tersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanan, insan yang mengingati Allah secara bersunyian lalu berlinangan airmatanya."

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Keredhaan hakiki

Daripada Abu Said al-khudri r.a., Nabi s.a.w. berkata kepadanya: "Wahai Abu Said! Siapa yang meredai Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama, Muhammad sebagai nabi, maka wajiblah baginya syurga."

(Riwayat Muslim)

Mesti mengamalkan Islam walau dalam keadaan terasing

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Islam bermula dengan keadaan terasing. Ia akan kembali asing seperti permulaannya. Maka, berbahagialah untuk orang yang terasing."

(Riwayat Muslim)

Menjauhi perbuatan yang mendatangkan bahaya

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya syaitan ada baginya bisikan ke hati anak Adam, dan Malaikat juga ada bisikannya; ada pun bisikan syaitan itu ialah galakannya supaya seeorang melakukan kejahatan dan mendustakan kebenaran, dan bisikan Malaikat pula ialah galakannya supaya seseorang mengamalkan kebaikan dan meyakini kebenarannya; oleh itu sesiapa yang terasa bisikan yang baik, maka hendaklah ia mengetahui bahawa perkara itu dari Allah, serta hendaklah ia bersyukur kepada Allah, dan sesiapa yang terasa bisikan satu lagi maka hendaklah ia meminta perlindungan Allah dari angkara syaitan."

Ibn Mas'ud r.a.