Renungan Bersama
Thursday, November 08, 2012
Tafsir ayat 79 surah as-Saffat untuk elak sengatan binatang berbisa
Tafsir ayat 79 surah as-Saffat
وقال سعيد بن المسيب : وبلغني أنه من قاله حين يمسي { سلام على نوح في العالمين } لم تلدغه عقرب ذكره أبو عمر في التمهيد.
Bermaksud: Berkata Said bin Musayyab,
“Telah sampai kepadaku sesuatu, bahawa sesiapa yang mengucapkan pada
petang hari “Salaamun ‘ala nuhin fil ‘aalamiin” nescaya ia tidak akan
disengat kala jengking (atau binatang2 berbisa yang lain).
Ini disebut oleh Abu Amar bin Abdil Barr dalam at-Tamhid, dan dinukilkan oleh Al-Qurtubi. Jom kita amalkan sama2 :)
Sumber : FB Ustaz Zahazan
“Telah sampai kepadaku sesuatu, bahawa sesiapa yang mengucapkan pada petang hari “Salaamun ‘ala nuhin fil ‘aalamiin” nescaya ia tidak akan disengat kala jengking (atau binatang2 berbisa yang lain).
Ini disebut oleh Abu Amar bin Abdil Barr dalam at-Tamhid, dan dinukilkan oleh Al-Qurtubi. Jom kita amalkan sama2 :)
Sunday, July 08, 2012
Surah Ad-Dukhan
Rasulullah s.a.w.telah bersabda: "Sesiapa yg membaca surah ad-Dukhan setiap malam, tujuh puluh ribu malaikat mendoakan keampunan utknya".
(Riwayat Imam at-Tirmizi)
Surah Annas dan AlFalaq
Saidatina Aishah r.a.menceritakan apabila nabi
sakit,nabi akan membaca dua surah iaitu surah annas dan surah alfalaq
kemudian baginda akan menghembus kepada kedua tapak tangan
baginda,kemudian baginda menyapu keseluruh badan baginda.Boleh baca bila
kita demam,anak demam,dll.marilah sama sama kita menghidupkan sunnah
ini.
Sumber : FB Ustazah Siti Nor Bahyah
Sumber : FB Ustazah Siti Nor Bahyah
Tuesday, June 12, 2012
3 golongan yang awal-awal masuk neraka
- Orang yang mengajar ilmu agama bukan kerana Allah tetapi riak.
- Qari - orang yang membaca Al-Quran bukan kerana Allah tetapi riak.
- Orang yang berperang tetapi bukan mati syahid sebaliknya ingin mengatakan bahawa dia seorang yang gagah/berani.
3 golongan orang yang bersedekah/berinfaq/membelanjakan harta
- Orang yang bersedekah/berinfaq/membelanjakan harta kerana riak (ingin dilihat dan menunjuk-nunjuk kepada orang lain dan ingin didengar bahawa dia seorang yang dermawan. Orang begini tidak mendapat pahala malah awal-awal dimasukkan ke dalam neraka.
- Orang yang bersedekah kerana takut diperkatakn orang.
- Orang yang bersedekah kerana niat dan keikhlasan kerana bersyukur di atas nikmat yang diberikan Allah. Golongan ini adalah golongan berjaya yang mendapat petunjuk.
Subscribe to:
Posts (Atom)




