Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.:"Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: "Di dalam tidurkan, aku melihat mangkuk penuh susu diberikan kepadaku dan aku meminumnya hingga membasahi sebahagian jemariku. Kemudian aku memberikan sisanya kepada Umar bin al-Khattab." (Para sahabat nabi s.a.w bertanya: "Apakah tafsiran anda (terhadap mimpi itu) ya Rasulullah s.a.w? Nabi s.a.w menjawab: "Itulah ilmu (agama)".
Renungan Bersama
Monday, January 31, 2011
Sunday, January 30, 2011
Setiap Hukum Ada Hikmahnya
Dari Abdullah bin Buraidah r.a., dari bapanya katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Dahulu aku pernah melarang kamu menziarahi kubur, maka sekarang kamu ziarihilah. Aku pernah melarang kamu memakan daging korbanmu lebih dari tiga hari, sekarang simpanlah sekadar yang kamu perlukan. Aku pernah melarang kamu minum minuman anggur kecuali dengan gelas biasa, sekarang minumlah dengan apa jua bekas minuman. Tetapi jangan sekali-kali kamu minum minuman yang memabukkan."
(Hadis Riwayat Muslim)
Taat
Dari Abu Hurairah Abdul Rahman bin Sakhr r.a katanya : "Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:"Apa yang aku tegahkan kamu daripadanya maka hendaklah kamu menjauhinya dan apa yang aku perintahkan kamu dengannya maka hendaklah kamu kerjakan daripadanya apa yang kamu mampu. Sesungguhnya telah binasa orang-orang yang sebelum kamu oleh sebab banyaknya pertanyaan mereka dan perselisihan mereka terhadap nabi-nabi mereka.
(Bukhari dan Muslim)
Bidaah adalah sifat buruk
Daripada Aisyah r.ha. Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang mengadakan perkara baru yang tiada di dalam agama Islam, maka ia akan ditolak."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kebersihan dan keimanan dalam Islam
Dari Aisyah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:"Sepuluh perkara darri (peraturan-peraturan kebersihan) yang dituntut oleh agama iaitu : menggunting misai, membiarkan janggut (tumbuh panjang serta mengemaskannya), bersugi (membersihkan gigi), menyedut air - membersihkan buku-buku jari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari dan beristinjak". Kata Mas'ab (salah seorang rawi hadis ini ): "dan aku fikir perkara itu) tidak lain dari berkumur-kumur.
(Riwayat Muslim)
Melakukan amalan secara berterusan
Daripada Aisyah r.ha., Nabi s.a.w bersabda:"Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya, Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kedudukan sifat malu
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda:" Malu adalah sebahagian daripada iman, dan iman adalah syurga."
(Riwayat al-Tirmizi)
Allah bersama jemaah
Daripada Ibnu Abbas r.a.., Nabi s.a.w. bersabda: "Pertolongan Allah bersama jemaah".
(Riwayat al-Tirmizi)
Tanda kemanisan iman
Daripada Anas bin Malik r.a., bersabda Rasulullah s.a.w: "Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasa kemanisan iman. Siapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul lebih daripada cintanya kepada yang lain, siapa cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah (dan bukan kerana satu tujuan duniawi), dan ia membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (daripada kekufuran), sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api".
(Riwayat Muslim)
Sifat malu yang sebenar
Daripada Imran bin Husain r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Malu tidak mendatangkan suatu hasilpun melainkan kebaikan".
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Subscribe to:
Posts (Atom)