Renungan Bersama

Renungan Bersama

"Jaga diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka"

"Janganlah kamu meninggalkan solat sekali kerana kamu akan meninggalkannya banyak kali, jangan kamu melakukan kejahatan sekali kerana kamu akan melakukannya banyak kali"

"Mulakan perubahan yang kecil, bermula dalam diri kamu sendiri dan berubahlah mulai sekarang"

"Perbetulkan setiap niat atas pekerjaan/perbuatan yang kita lakukan hanya kerana Allah"

"Orang yang baik adalah orang yang baik agamanya iaitu menunaikan solat 5 waktu dan orang yang baik akhlaknya"

Monday, March 21, 2011

Photostory - aplikasi mudah untuk membuat video

Photostory 3 for windows merupakan antara aplikasi yang digunakan untuk menghasilkan video. Muatturun aplikasi percuma ini di cnet. Anda akan dapati ianya lebih mudah digunakan berbanding movie maker, dan proses untuk menyimpan fail ini juga adalah cepat walaupun anda memasukkan gambar yang banyak.

Cara-cara menggunakan aplikasi Photostory 

1. Pastikan anda telah muatturun aplikasi tersebut

2. Klik Begin a new story dan klik Next


3. Klik Import Pictures 

4. Cari gambar di dalam folder dan klik pada gambar yang dikehendaki


5. Masukkan tajuk di sebelah kanan dan pilih jenis tulisan dan warna tulisan di dalam ikon berbentuk 'A'


6. Pilih jenis Effect yang anda kehendaki dan klik Next


7.  Pilih jenis motion yang dikehendaki. Anda boleh set masa untuk sesebuah gambar dengan klik pada Number of seconds to display the picture dan klik Save setiap kali membuat perubahan pada gambar



8. Pilih jenis transisi untuk setiap gambar dan tekan Save setiap kali anda klik pada gambar


9. Klik Preview untuk memainkan gambar dan klik Next


10.  Untuk memasukkan muzik dari fail klik Select Music


11. Pilih jenis muzik di dalam fail dan klik Open. Klik OK dan Next


12. Klik Create Music dan cuma pilih mengikut style anda. Klik OK dan Next


13.  Untuk menyimpan projek, klik Browse dan pilih folder yang anda hendak simpan dan taip nama fail. Klik Save Project. Klik Next untuk menyimpan persembahan anda dalam bentuk video.Simpan kedua-dua fail dalam folder yang sama, jadi anda dapat membezakan satu berbentuk video dan satu lagi untuk edit.




14. Klik View story untuk melihat persembahan.



Monday, March 14, 2011

Bagaimana memasukkan template dalam blog anda

    Cara Muatturun Template Daripada Laman Web

    Muatturun template daripada btemplates.com. Terdapat banyak pilihan yang boleh didapati daripada laman web ini.

    Klik demo untuk preview demo template dan klik download untuk muatturun template tersebut.
    Klik Save File dan OK


    Cara Extract Fail


    Buka kembali fail yang telah disimpan
    Klik 2X pada fail


    Klik Extract To dan simpan di dalam My Document atau folder yang anda boleh ingati.




    Cara Muatnaik Template Ke Blogger


    Klik Design dan klik Edit HTML
    Klik Browse dan cari folder yang anda telah Extract tadi Cth : Atlanta Romancing


    Klik nama fail dan OK. Kemudian klik Upload


    Wednesday, February 16, 2011

    Waktu-waktu mustajab untuk berdoa

    1.      Ketika hujan.
    2.      Hendak memulakan solat dan selepas solat.
    3.      Ketika menghadapi musuh dalam peperangan.

    Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Berdoalah saat doa itu diperkenankan Allah iaitu pada saat bertemu tentera-tentera (berperang), ketika hendak mendirikan sembahyang dan ketika turunnya hujan.” (Hadis mursal yang diriwayatkan oleh Imam al-Nawawi dalam Kitab al-Azkar)

    4.      Antara azan dan iqamat.

    Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak ditolak doa yang dimohonkan antara azan dan iqamat.” (Riwayat al-Tirmizi)

    5.      Ketika iktidal yang akhir dalam solat.
    6.      Ketika sujud dalam solat.
    7.      Ketika khatam al-Quran (30 juzuk).
    8.      Sepanjang malam, terutamanya pada sepertiga yang akhir dan pada waktu sahur.
    9.      Sepanjang hari Jumaat.

    Kerana mengharapkan bertemu dengan saat ijabah (saat diperkenankan doa) yang terletak antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.

    10.  Antara waktu Zuhur dan Asar dan antara Asar dan Maghrib.

    Sumber : Facebook Notes Ustaz Zahazan

    Monday, January 31, 2011

    Kelebihan Sayidina Umar dalam ilmu agama

    Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.:"Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: "Di dalam tidurkan, aku melihat mangkuk penuh susu diberikan kepadaku dan aku meminumnya hingga membasahi sebahagian jemariku. Kemudian aku memberikan sisanya kepada Umar bin al-Khattab." (Para sahabat nabi s.a.w bertanya: "Apakah tafsiran anda (terhadap mimpi itu) ya Rasulullah s.a.w? Nabi s.a.w menjawab: "Itulah ilmu (agama)".

    Sunday, January 30, 2011

    Setiap Hukum Ada Hikmahnya

    Dari Abdullah bin Buraidah r.a., dari bapanya katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Dahulu aku pernah melarang kamu menziarahi kubur, maka sekarang kamu ziarihilah. Aku pernah melarang kamu memakan daging korbanmu lebih dari tiga hari, sekarang simpanlah sekadar yang kamu perlukan. Aku pernah melarang kamu minum minuman anggur kecuali dengan gelas biasa, sekarang minumlah dengan apa jua bekas minuman. Tetapi jangan sekali-kali kamu minum minuman yang memabukkan."

    (Hadis Riwayat Muslim)

    Taat

    Dari Abu Hurairah Abdul Rahman bin Sakhr r.a katanya : "Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:"Apa yang aku tegahkan kamu daripadanya maka hendaklah kamu menjauhinya dan apa yang aku perintahkan kamu dengannya maka hendaklah kamu kerjakan daripadanya apa yang kamu mampu. Sesungguhnya telah binasa orang-orang yang sebelum kamu oleh sebab banyaknya pertanyaan mereka dan perselisihan mereka terhadap nabi-nabi mereka.


    (Bukhari dan Muslim)

    Bidaah adalah sifat buruk

    Daripada Aisyah r.ha. Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang mengadakan perkara baru yang tiada di dalam agama Islam, maka ia akan ditolak."

    (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

    Kebersihan dan keimanan dalam Islam

    Dari Aisyah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:"Sepuluh perkara darri (peraturan-peraturan kebersihan) yang  dituntut oleh agama iaitu : menggunting misai, membiarkan janggut (tumbuh  panjang serta mengemaskannya), bersugi (membersihkan gigi), menyedut air - membersihkan buku-buku jari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari dan beristinjak". Kata Mas'ab (salah seorang rawi hadis ini ): "dan aku fikir perkara itu) tidak lain dari berkumur-kumur.


    (Riwayat Muslim)

    Melakukan amalan secara berterusan

    Daripada Aisyah r.ha., Nabi s.a.w bersabda:"Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya, Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit."

    (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

    Kedudukan sifat malu

    Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda:" Malu adalah sebahagian daripada iman, dan iman adalah syurga."

    (Riwayat al-Tirmizi)