Renungan Bersama

Renungan Bersama

"Jaga diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka"

"Janganlah kamu meninggalkan solat sekali kerana kamu akan meninggalkannya banyak kali, jangan kamu melakukan kejahatan sekali kerana kamu akan melakukannya banyak kali"

"Mulakan perubahan yang kecil, bermula dalam diri kamu sendiri dan berubahlah mulai sekarang"

"Perbetulkan setiap niat atas pekerjaan/perbuatan yang kita lakukan hanya kerana Allah"

"Orang yang baik adalah orang yang baik agamanya iaitu menunaikan solat 5 waktu dan orang yang baik akhlaknya"

Wednesday, July 13, 2011

Doa-Doa Pilihan

Doa untuk mengelakkan anak-anak keluar malam

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)
Surah Al-Imran Ayat : 200
Doa untuk temuduga, berhadapan dengan perbicaraan, berhadapan dengan orang ramai yang bertanya

 
Dan apabila kemarahan Nabi Musa itu reda, dia pun mengambil Luh-luh Taurat itu yang dalam nashkahnya terkandung petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang yang bersungguh-sungguh takut kepada Tuhan mereka (daripada melanggar perintahNya) 
Surah Al-A'raf Ayat : 154

Doa untuk menghentikan perbalahan/pertikaian

Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka wahai Muhammad kepada beragama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah : Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan oleh Allah dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)
Surah Ash-Syura Ayat : 15

 Doa untuk mengembalikan fitnah/kejahatan kepada orang yang berbuat fitnah
 (Ingatlah) semasa orang-orang munafik, lelaki dan perempuan (yang sedang meraba-raba dalam gelap-gelita pada hari kiamat), berkata kepada orang-orang yang beriman: Tunggulah kami, biarlah kami mengambil sedikit dari cahaya kamu. (Lalu) dikatakan (kepada mereka secara mengejek-ejek) : Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di sana), serta diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan yang munafik itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (Syurga dan nikmat) dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat (Neraka) dan azab seksa.
Surah Al-Hadid Ayat : 13

Doa mohon diberi kemudahan

Bissmillahirrahmanirrahiim:
رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
Ertinya: "Ya Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini." (QS. Al-Kahfi: 10).

Monday, May 23, 2011

Doa mengingati Allah


ﺍﻠﻠﻬﻢ ﺃﻋﻧﻰ ﻋﻟﻰ ﺫﻜﺮﻚ ﻮﺸﻜﺮﻚ ﻮﺣﺳﻦ ﻋﺒﺎﺪﺘﻚ

Allahumma ’akni ’ala zikrika washukrika wahusna ’ibadatik


Maksudnya : Ya Allah, tolonglah aku di atas mengingatiMu dan mensyukuri nikmatMu dan mencantikkan ibadat terhadapMu

Thursday, May 19, 2011

Karipap

Bahan-bahan Inti
4 biji kentang dipotong dadu
1 tangkai daun kari
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang kulit kayu manis
2 tangkai bunga lawang
1 inci halia
1 paket rempah kari daging
20gm udang kering ditumbuk
1 mangkuk air

Bahan-bahan kulit
1/2 kilo tepung gandum
1/2 sudu besar garam bersama 1 cawan air dikacau sehingga garam hancur
minyak yang telah dipanaskan

Cara buat kulit:
Kacau semua bahan di atas sehingga menjadi doh


Cara membuat inti:
1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi bersama-sama kulit kayu manis, bunga lawang, udang kering dan daun kari
3. Bila bahan tumisan sudah garing dan naik bau, masukkan kentang bersama air. Kacau dan biarkan sehingga air kering. Masukkan garam secukup rasa
4. Sekiranya kentang belum cukup lembut, bolehlah tambah lagi sedikit air. Biar sehingga air kering dan tutup api.

Kesempurnaan Iman

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Seseorang yang hendak berzina, tidak akan melakukan zina itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak minum arak, tidak akan minum arak tersebut semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak mencuri, tidak kan melakukan perbuatan itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak melakukan rompakan yang lazimnya menjadikan orang yang merompak itu memandang sahaja kepadanya, tidak akan merompak semasa ia berkeadaan sempurna imannya.”
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Thursday, April 14, 2011

8 perkara penyebab doa tidak makbul

Ibrahim Adham pernah ditanya, "Apa sebabnya doa kami tidak diperkenankan, sedangkan Allah s.w.t. telah berjanji bahawa orang yang berdoa akan diperkenankan-Nya?"

Jawab Ibrahim Adham, "Sebab hati kamu telah mati!"

Mereka terkejut mendengar jawapan Ibrahim tadi, lantas bertanya lagi,"Apa yang menyebabkan hati kami mati?"

Jawab Ibrahim Adham, "Kerana lapan perkara, yakni pertama, kamu mengetahui hak Allah tetapi kamu tidak melaksanakannya. Kedua, kamu baca Al-Quran tetapi kamu tidak mengamalkannya. Ketiga, kamu katakan kamu cinta kepada Rasulullah s.a.w. tetapi kamu tidak mematuhi sunnahnya. Keempat, kamu katakan kamu takut mati tetapi kamu tidak bersiap-siap menuju alam kubur. Kelima, Allah mengatakan bahawa syaitan itu adalah musuh kamu maka hendaklah kamu jadikan ia sebagai musuh, tetapi kamu masih lagi berbuat maksiat dengan mengikut pujukan syaitan. Keenam, kamu katakan kamu takut akan api neraka tetapi kamu campakkan diri kamu ke dalamnya. Ketujuh, kamu katakan kamu suka syurga tetapi kamu tidak berusaha supaya masuk ke dalamnya. Kelapan, kamu bangkit dari tempat tidur lalu kamu sembunyikan aib-aib kamu sedang aib-aib orang lain kamu bentangkan di hadapan kamu. Kamu telah memusuhi Tuhan dan Pencipta kamu sendiri, maka bagaimana mungkin Dia memperkenankan doa kamu?"

Wednesday, April 13, 2011

Laksa

Bahan-bahan:
A : 1 kilo ikan kembung
      5 keping asam keping
      3 kuntum bunga kantan
      5 tangkai daun kesum
      Garam secukup rasa


B : 1 paket laksa - direndam dan direbus
     10 biji telur - direbus
     1 biji timun - dihiris
     2 biji bawang besar - dihiris halus
     3 biji cili merah / 10 biji cili padi ikut suka
     Daun salad/ selom/ pucuk gajus (semua pun boleh)
     Limau kasturi dibelah 2

Cara-cara:
1. Buang perut ikan dan sisik. Bersihkan ikan.
2. Rebus ikan bersama air, sedikit garam dan 2 keping asam keping.
3. Setelah ikan masak, asingkan isi ikan dan tulang.
4. Kisar isi ikan bersama sedikit air dan tuang ke dalam periuk.
5. Kisar tulang ikan bersama sedikit air dan tapis tulang kemudian masukkan ke dalam periuk.
6. Nyalakan api, masukkan 3 keping asam keping. Biar kuah sehingga mendidih.
7. Setelah mendidih masukkan garam secukup rasa, daun kesum dan bunga kantan. Biar seketika dan tutup api.
8. Bolehlah dihidangkan dan dimakan bersama-sama bahan hirisan tadi.

Puding Laici

Bahan-bahan:
30 gm agar-agar
900ml air
250 gm gula / ikut citaras
1 tin laici
1 biji telur
1 sudu besar tepung kastard
1 tin susu cair

Cara-cara:
1. Masak agar-agar bersama air sehingga larut
2. Masukkan gula dan kacau hingga larut
3. Kisar laici didalam mesin pengisar, dan masukkan ke dalam periuk
4. Kisar tepung kastard bersama telur dan susu cair dan masukkan dalam periuk
5. Kecilkan api dan kacau selalu supaya susu tidak meruap. Apabila mendidih, tutup api dan letakkan di dalam bekas dan biar sejuk.



Sepuluh tanda-tanda kiamat yang besar

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat“.Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya“. Kemudian beliau menyebutkannya:

  • Asap,
  • Dajjal,
  • Binatang,
  • terbit matahari dari tempat tenggelamnya,
  • turunnya Isa bin Maryam alaihissalam,
  • Yakjuj dan Makjuj,
  • tiga kali gempa bumi, sekali di timur,
  • sekali di barat dan
  • yang ketiga di Semenanjung Arab
  • yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(Riwayat Muslim)

Thursday, April 07, 2011

Kesempurnaan Solat

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".

Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.


Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."


"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham  maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."


Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.