Renungan Bersama

Renungan Bersama

"Jaga diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka"

"Janganlah kamu meninggalkan solat sekali kerana kamu akan meninggalkannya banyak kali, jangan kamu melakukan kejahatan sekali kerana kamu akan melakukannya banyak kali"

"Mulakan perubahan yang kecil, bermula dalam diri kamu sendiri dan berubahlah mulai sekarang"

"Perbetulkan setiap niat atas pekerjaan/perbuatan yang kita lakukan hanya kerana Allah"

"Orang yang baik adalah orang yang baik agamanya iaitu menunaikan solat 5 waktu dan orang yang baik akhlaknya"

Tuesday, November 29, 2011

Ayat yang dibaca ketika meninggalkan rumah, kereta dan sebagainya

Surah Al-Kahfi Ayat 18


Maksudnya : 
Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka.
   

Sunday, October 09, 2011

Doa mohon dipermudahkan urusan

Apabila menghadapi sebarang masalah , mohonlah pada Allah swt. keringanan dengan membaca doa berikut :

    اللَّهُمَّ لا سَهلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ  سَهْلاً ، وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحُزْنَ  إِذَا شِئْتَ سَهْلاً
Maksudnya : “ Wahai Tuhanku , tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah , apabila Engkau mengkehendakinya” .



Adalah menjadi sunnatullah dalam kehidupan , bahawa manusia itu mengahadapi ujian berupa kelaparan , kematian dan kesulitan , kerana dengan ujian yang berbagai itu Allah swt dapat mengetahui tahap keimanan hambaNya . Firman Allah swt dalam surah al-kahf ayat ke 7 :

إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلً 

Maksudnya : “Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya”.

Walaupun Allah sebenarnya telah mengetahui tahap keimanan manusia sebelum berlaku ujian , namun ujian seperti kesulitan itu dapat mendedahkan kepada manusia itu sendiri keperluannya untuk mengambil langkah-langkah pemulihan kepada permasalahan imannya sendiri. Dia perlu memuhasabah dirinya , memperbaiki sikapnya , mengikhlaskan amalannya untuk mencapai kualiti amalan yang dikehendaki Allah dan sebagainya.

Doa menghilangkan keresahan dan dukacita

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ بِيَدِكَ مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ. أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ أَوْ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي وَنُورَ صَدْرِي وَجِلَاءَ حُزْنِي وَذَهَابَ هَمِّيْ.

Maksudnya:  “Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba-Mu, dan anak  hamba perempuanMu . Ubun-ubunku di tangan-Mu keputusan-Mu berlaku  padaku, qadha-Mu kepadaku adalah adil.Aku mohon kepada-Mu dengan  tiap nama yang telah Engkau gunakan untuk diri-Mu yang Engkau turunkan  dalam kitab-Mu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhluk-Mu atau  yang Engkau khususkan untuk diri-Mu dalam ilmu ghaib di sisi-Mu,   hendaknya Engkau jadikan al-Qur’an sebagai penenteram hatiku, cahaya di  dadaku, pelenyap duka dan hilangnya kesedihanku.” -Riwayat Ahmad

Sumber : Ustaz Zahazan Mohamed

Doa agar selalu melakukan kebaikan dan mendapat motivasi daripadaNya

اللهمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ ، وَتَرْكَ الْمُنْكَرَاتِ ، وَحُبَّ الْمَسَاكِينِ ، وَأَنْ تَغْفِرَ لِي وَتَرْحَمَنِي ، وَإِذَا أَرَدْتَ فِتْنَةً فِي قَوْمِي فَتَوَفَّنِي إِلَيْكَ وَأَنَا غَيْرُ مَفْتُونٍ ، اللهمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ ، وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ ، وَحُبًّا يُبَلِّغُنِي حُبَّكَ.

Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar terdorong sentiasa melakukan ketaatan, ,meninggalkan perkara mungkar, mencintai orangorang miskin, dan agar Engkau mengampunkan aku dan mengasihaniku. Aku mohon kepadaMu jika Engkau ingin mengenakan sesuatu musibah, maka matikan aku dalam keadaan selamat dari malapetaka itu. Ya Allah ! Aku mohon kepadaMu rasa cinta padaMu, cinta pada sesiapa ygan menyintaiMu dan cinta yang menyampaikan aku kepada cintaMu. ( riwayat al-Hakim no 1932,al-mu’jam al-Kabir no 216 )

Sumber : FB Ustaz Zahazan Mohamed

Doa murah rezeki

 
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي وَوَسِّعْ لِي فِي دَارِي وَبَارِكْ لِي فِيمَا رَزَقْتَنِي
 Hadis Riwayat Ahmad

Doa memohon ampun atas dosa yang dilakukan

Nabi Adam pernah berdoa dengan doa ini beratus tahun kerana satu kesalahan.. manakala kita yg bersalah beribu kali .... banyakkan baca doa ini
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri. Jika Engkau tidak mengampuni dan merahmati kami, niscaya kami termasuk orang-orang yang merugi.
(Al-A’raf: 23)

Tuesday, October 04, 2011

Doa di bulan ramadhan


Banyakkanlah berdoa dalam bulan puasa kerana Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tiga bentuk doa yang dimustajabkan Allah: doa ibu bapa terhadap anak; doa orang yang berpuasa; dan doa orang bermusafir.” (Riwayat al-Baihaqi)
“Ada tiga orang yang do’anya tidak ditolak iaitu (1) Pemimpin yang adil, (2) Orang yang berpuasa ketika dia berbuka, (3) Do’a orang yang terdzolimi.”(HR. Tirmidzi no. 2526, Shahih)
Amalkan membaca Surah Al-Imran Ayat 173
Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya. Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: Cukuplah Allah untuk (menolong) kami dan Dia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami). (173)


Surah Al-Baqarah ayat 127 dan 128
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. (127) Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (128)

Wednesday, July 13, 2011

Doa-Doa Pilihan

Doa untuk mengelakkan anak-anak keluar malam

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)
Surah Al-Imran Ayat : 200
Doa untuk temuduga, berhadapan dengan perbicaraan, berhadapan dengan orang ramai yang bertanya

 
Dan apabila kemarahan Nabi Musa itu reda, dia pun mengambil Luh-luh Taurat itu yang dalam nashkahnya terkandung petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang yang bersungguh-sungguh takut kepada Tuhan mereka (daripada melanggar perintahNya) 
Surah Al-A'raf Ayat : 154

Doa untuk menghentikan perbalahan/pertikaian

Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka wahai Muhammad kepada beragama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah : Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan oleh Allah dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)
Surah Ash-Syura Ayat : 15

 Doa untuk mengembalikan fitnah/kejahatan kepada orang yang berbuat fitnah
 (Ingatlah) semasa orang-orang munafik, lelaki dan perempuan (yang sedang meraba-raba dalam gelap-gelita pada hari kiamat), berkata kepada orang-orang yang beriman: Tunggulah kami, biarlah kami mengambil sedikit dari cahaya kamu. (Lalu) dikatakan (kepada mereka secara mengejek-ejek) : Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di sana), serta diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan yang munafik itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (Syurga dan nikmat) dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat (Neraka) dan azab seksa.
Surah Al-Hadid Ayat : 13

Doa mohon diberi kemudahan

Bissmillahirrahmanirrahiim:
رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
Ertinya: "Ya Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini." (QS. Al-Kahfi: 10).

Monday, May 23, 2011

Doa mengingati Allah


ﺍﻠﻠﻬﻢ ﺃﻋﻧﻰ ﻋﻟﻰ ﺫﻜﺮﻚ ﻮﺸﻜﺮﻚ ﻮﺣﺳﻦ ﻋﺒﺎﺪﺘﻚ

Allahumma ’akni ’ala zikrika washukrika wahusna ’ibadatik


Maksudnya : Ya Allah, tolonglah aku di atas mengingatiMu dan mensyukuri nikmatMu dan mencantikkan ibadat terhadapMu