Renungan Bersama
Wednesday, February 15, 2012
Tuesday, February 07, 2012
Sepuluh malam terakhir
Hadis Saidatina Aisyah r.a katanya:
Apabila tiba sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, Rasulullah s.a.w menghidupkan ibadat malam. Baginda membangkitkan isteri baginda. Baginda amat bersungguh-sungguh dan bersemangat sekali dalam menghidupkan malam tersebut.

(Riwayat Muslim, #2008)
Apabila kubur berkata-kata
Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-
1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a
Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w."
Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."
Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-
1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.
Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-
1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri
Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing."
Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.
Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah s.w.t. dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."
Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran.
Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Quran, maka al-Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.
Admin : Hendra Setiawan Bin Mustari (Indonesia)

Assalamualaikum
warahmatullah hiwabarokatuh, admin izinkan anda semua share segala ilmu
yg kami kongsikan di facebook ini, semoga kita tergolong dalam orang2
yang teringin menyambung tugas RASULULLAH menyebar DAKWAH dimuka bumi
ini. :) Syukran Jazilan
Tuesday, January 31, 2012
Doa supaya mendapat anak soleh
رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ
Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh. (As-Safaat: 100)
Thursday, January 26, 2012
Cara tukar soalan sekuriti dalam e-mail yahoo
E-mail kita mungkin telah lama didaftarkan dan terdapat soalan sekuriti yang kita pilih semasa mendaftar. Soalan sekuriti ini akan ditanya apabila kita terlupa password. Jadi untuk memastikan soalan sekuriti sentiasa dikemaskini dengan keadaan semasa, cara-cara menukar soalan sekuriti adalah seperti berikut:
1. Klik pada arrow sebelah kanan username and, klik Account Info
2. Masukkan password dan klik Sign-In
3. Pada bahagian Sign-In and Security klik Update password-reset info
4. Ini merupakan soalan sekuriti yang lama dan klik Change Questions and Answer untuk memilih soalan yang lain. Pastikan soalan serta jawapan anda senang diingat. Kemudian klik Save

Monday, January 16, 2012
Best Blog Widget
Berikut merupakan senarai website yang menyediakan widget percuma yang boleh dimasukkan ke dalam blog.
- www.cbox.com - Laman web yang menyediakan kemudahan chat box bagi memudahkan para pelawat blog anda berinteraksi dan berchatting selain bertukar-tukar link. Pengguna harus mendaftar di laman web ini untuk mendapatkan widget tersebut.
- www.mixpod.com - Laman ini menyediakan MP3 berbentuk playlist dimana andda hanya perlu search nama kumpulan atau lagu yang anda ingini. Kemudian pilih design yang disediakan, seterusnya copy & paste kod yang diberi. Pengguna juga perlu mendaftar akaun untuk mendapatkan widget tersebut.
- www.clocklink.com - Menyediakan pelbagai jenis jam dengan kod html.
- adiwidget.blogspot.com - Menyediakan pelbagai widget berbentuk animasi dan karikatur selain animasi berbentuk islamik. Pilih sahaja di kedudukan mana yang ingin diletakkan di dalam blog anda. Ikuti langkah-langkah untuk memuatkan widget tersebut di dalam blog anda.
- www.123-slideshow.com - Merupakan flash slideshow creator. Pilih jenis slideshow dikehendaki dan muatnaik gambar. Hanya format .jpg dan .png sahaja yang diterima dan 8 keping gambar sahaja dibenarkan.
- www.al-habib.info - Menyediakan widget berbentuk islamik termasuk kalendar, jam, penunjuk kiblat, asma ulhusna dan banyak lagi.
- www.feedjit.com - Menyediakan widget di mana anda boleh melihat dari mana pelawat-pelawat anda datang.
- www.flashvortex.com - Menyediakan widget percuma seperti banner, text maker, buttons, menu dan juga clocks. Anda juga mempunyai pilihan untuk edit mengikut citarasa tersendiri.
- www.widgetbox.com - Menyediakan pelbagai jenis widget seperti jam, kalendar, peta, borang, slideshow, cuaca dan banyak lagi.
- www.linkwithin.com - Menyediakan post berkaitan dengan thumbnail untuk memudahkan pelawat melayari blog anda, posting yang lama tidak terabai begitu sahaja, meningkatkan pageview selain memastikan pembaca kekal membaca blog anda.
- www.hitarek.com - Menyediakan widget kalendar dan jam yang menarik.
- www.mylivesignature.com - Dapatkan tandatangan anda sendiri secara online dan memuatkannya di setiap posting percuma.
- widgetindex.blogspot.com - Menyediakan pelbagai widget berbentuk animasi percuma.Anda juga boleh memuatnaik gambar anda pada widget jam yang dipilih.
- www.mybannermaker.com - Menyediakan widget untuk membuat banner dengan pelbagai saiz secara percuma.
- www.3dtextmaker.com - Reka teks dalam bentuk 3D mengikut kreativiti anda.
- www.waktusolat.net - Menyediakan widget waktu solat di Malaysia dan widget hadith
Wednesday, January 04, 2012
Doa menghindari rasa marah
اَللَّهُمَّ بَرِّدْ قَلْبِيْ بِالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَالْمَاءِ
الْبَارِدِ. اَللَّهُمَّ نَقِّ قَلْبِيْ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ
الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ
Maksudnya: Ya Allah,
sejukkanlah hatiku dengan salji, kesejukkan dan air sejuk. Ya Allah,
bersihkanlah hatiku daripada dosa-dosa sebagaimana Engkau bersihkan baju
putih daripada kekotoran.
(Riwayat at-Tirmizi)
Tuesday, November 29, 2011
Ayat yang dibaca ketika meninggalkan rumah, kereta dan sebagainya
Surah Al-Kahfi Ayat 18
Maksudnya :
Dan engkau sangka
mereka sedar, padahal mereka tidur dan Kami balik-balikkan mereka dalam
tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri sedang anjing mereka
menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua jika engkau melihat
mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan
tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka.
Sunday, October 09, 2011
Doa mohon dipermudahkan urusan
Apabila menghadapi sebarang masalah , mohonlah pada Allah swt. keringanan dengan membaca doa berikut :
Adalah menjadi sunnatullah dalam kehidupan , bahawa manusia itu mengahadapi ujian berupa kelaparan , kematian dan kesulitan , kerana dengan ujian yang berbagai itu Allah swt dapat mengetahui tahap keimanan hambaNya . Firman Allah swt dalam surah al-kahf ayat ke 7 :
Maksudnya : “Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya”.
Walaupun Allah sebenarnya telah mengetahui tahap keimanan manusia sebelum berlaku ujian , namun ujian seperti kesulitan itu dapat mendedahkan kepada manusia itu sendiri keperluannya untuk mengambil langkah-langkah pemulihan kepada permasalahan imannya sendiri. Dia perlu memuhasabah dirinya , memperbaiki sikapnya , mengikhlaskan amalannya untuk mencapai kualiti amalan yang dikehendaki Allah dan sebagainya.
اللَّهُمَّ لا سَهلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً ، وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحُزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً
Maksudnya : “
Wahai Tuhanku , tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah
dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah , apabila Engkau
mengkehendakinya” .Adalah menjadi sunnatullah dalam kehidupan , bahawa manusia itu mengahadapi ujian berupa kelaparan , kematian dan kesulitan , kerana dengan ujian yang berbagai itu Allah swt dapat mengetahui tahap keimanan hambaNya . Firman Allah swt dalam surah al-kahf ayat ke 7 :
إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلً
Maksudnya : “Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya”.
Walaupun Allah sebenarnya telah mengetahui tahap keimanan manusia sebelum berlaku ujian , namun ujian seperti kesulitan itu dapat mendedahkan kepada manusia itu sendiri keperluannya untuk mengambil langkah-langkah pemulihan kepada permasalahan imannya sendiri. Dia perlu memuhasabah dirinya , memperbaiki sikapnya , mengikhlaskan amalannya untuk mencapai kualiti amalan yang dikehendaki Allah dan sebagainya.
Subscribe to:
Posts (Atom)