Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-
1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a
Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin
Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah
siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini
adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w."
Maka
berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau
orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang
banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu
tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku
layan dia dengan seburuk-buruknya)."
Abu Laits as-Samarqandi
berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah
melazimkan empat perkara semuanya :-
1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan
memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan
melapangkannya.
Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-
1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri
Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua
dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca
dari kencing."
Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala
macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang
anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur
itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang
berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu
mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.
Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap
soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara
kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita
yang jahil takutlah kamu kepada Allah s.w.t. dan takutlah kamu kepada
soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan
Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh
menghafal untuk menjawabnya."
Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran.
Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur
jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya
sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Quran, maka al-Quran itu akan
membelanya dan begitu juga seterusnya.
Admin : Hendra Setiawan Bin Mustari (Indonesia)
Assalamualaikum
warahmatullah hiwabarokatuh, admin izinkan anda semua share segala ilmu
yg kami kongsikan di facebook ini, semoga kita tergolong dalam orang2
yang teringin menyambung tugas RASULULLAH menyebar DAKWAH dimuka bumi
ini. :) Syukran Jazilan