Renungan Bersama

Renungan Bersama

"Jaga diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka"

"Janganlah kamu meninggalkan solat sekali kerana kamu akan meninggalkannya banyak kali, jangan kamu melakukan kejahatan sekali kerana kamu akan melakukannya banyak kali"

"Mulakan perubahan yang kecil, bermula dalam diri kamu sendiri dan berubahlah mulai sekarang"

"Perbetulkan setiap niat atas pekerjaan/perbuatan yang kita lakukan hanya kerana Allah"

"Orang yang baik adalah orang yang baik agamanya iaitu menunaikan solat 5 waktu dan orang yang baik akhlaknya"

Tuesday, June 15, 2010

Anak Permata Hati

Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t yang telah mengurniakan pelbagai kenikmatan yang tidak terhingga kepada kita di dunia ini. Kadangkala manusia sering terlupa tentang 'nikmat' itu dan sering mengeluh walaupun dikurniakan dengan nikmat yang banyak. Hendaklah kita sentiasa menjadi manusia yang sentiasa bersyukur dan sentiasa bermuhasabah diri. Bersyukur kita tinggal di bumi Malaysia yang aman dan tenteram, bersyukur di atas kurniaan ibubapa, suami dan anak-anak yang sentiasa memberi cahaya di dalam rumahtangga. Bersyukur kita di atas kurniaan nikmat pancaindera yang membolehkan kita menjalankan ibadah dibumi Allah ini. Bersyukur kita di atas kurniaan orang disekeliling kita, nikmat kenderaan, nikmat sihat, dan bermacam-macam nikmat yang Allah kurniakan kepada kita yang mudah dilupakan oleh makhluk bernama manusia.

Anak-anak merupakan satu kurniaan yang tidak terhingga bagi insan yang berumahtangga. Bermula di alam rahim, ibu-ibu sudah merasai kehadiran bayi mereka. Melihat mereka membesar di alam rahim sehinggalah lahir ke dunia ini adalah satu keajaiban Allah yang patut disyukuri. Melihat mereka menjalani kehidupan seharian, belajar berdikari ketika ketiadaan ibu dan ayah, dan mempelajari sesuatu yang baru setiap hari. Anak-anak dididik dengan penuh syariat agar tidak melanggar hukum hakam agama. Di ajar mengaji, solat, membaca dan sebagainya agar anak-anak kecil ini sentiasa mengikut peraturan yang telah ditetapkan Islam.

"Ya Allah Ya Tuhan kami, Kau lindungilah anak-anak kami dari godaan syaitan dan kemungkaran. Sentiasa penuhi hati mereka dengan 'nur' Mu Ya Allah. Semoga anak-anak kami sentiasa menjadikan Islam sebagai agama mereka dan jauhilah mereka dari kelalaian. Jadikanlah anak-anak kami anak yang soleh, yang sentiasa taat akan suruhanMu, yang sentiasa mendoakan kedua Ibubapa. Anak-anak permata hati kami. Bersihkanlah hati mereka dari kekotoran dan jauhilah mereka dari kemaksiatan." Amin....

 

Doa pelindung untuk anak

Kadang-kadang anak-anak perlu dipuji apabila melakukan perkara yang baik walaupun kecil.
Kadang-kadang anak-anak perlu dimarahi apabila bercakap kotor walau pun sepatah perkataan.
Kadang-kadang anak perlu diminta pandangan yang bernas.
Kadang-kadang anak-anak perlu gurauan bersama kita tanpa berlebih-lebihan.
Kadang-kadang anak-anak perlu dibawa berjalan atau melancung ke luar negara.



Bookmark and Share