Renungan Bersama

Renungan Bersama

"Jaga diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka"

"Janganlah kamu meninggalkan solat sekali kerana kamu akan meninggalkannya banyak kali, jangan kamu melakukan kejahatan sekali kerana kamu akan melakukannya banyak kali"

"Mulakan perubahan yang kecil, bermula dalam diri kamu sendiri dan berubahlah mulai sekarang"

"Perbetulkan setiap niat atas pekerjaan/perbuatan yang kita lakukan hanya kerana Allah"

"Orang yang baik adalah orang yang baik agamanya iaitu menunaikan solat 5 waktu dan orang yang baik akhlaknya"

Thursday, June 03, 2010

Gulai Ikan Talang Masin bersama Nangka/Nenas

Bahan-bahan:
500 gm ikan talang
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 paket rempah kari ikan
sedikit halba campur
1 tangkai daun kari
1 biji kelapa diambil santannya
300 gm nangka / nenas
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1.  Potong nangka dan rebus sehingga empuk, buang airnya. Sekiranya menggunakan nenas, hiris nipis, rebus dan buang airnya.
2. Hiris bawang merah dan bawang putih
3. Tumis bawang putih, bawang merah halba dan daun kari sehingga naik bau dan kuning sedikit
4. Campurkan rempah kari dengan sedikit pati santan, kacau dan tumis sehingga garing
5. Masukkan santan dan biar mendidih
6. Kecilkan api untuk mengelakkan daripada santan meruap
7. Setelah mendidih, masukkan ikan talang dan nangka / nenas yang telah direbus terlebih dahulu.
8. Masukkan garam secukup rasa
9. Bila dah naik minyak, tutup api.

Bookmark and Share