Renungan Bersama

Renungan Bersama

"Jaga diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka"

"Janganlah kamu meninggalkan solat sekali kerana kamu akan meninggalkannya banyak kali, jangan kamu melakukan kejahatan sekali kerana kamu akan melakukannya banyak kali"

"Mulakan perubahan yang kecil, bermula dalam diri kamu sendiri dan berubahlah mulai sekarang"

"Perbetulkan setiap niat atas pekerjaan/perbuatan yang kita lakukan hanya kerana Allah"

"Orang yang baik adalah orang yang baik agamanya iaitu menunaikan solat 5 waktu dan orang yang baik akhlaknya"

Thursday, June 03, 2010

Nasi Tomato

Bahan-bahan:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
i inci halia (dihiris)
3 biji bawang kecil (dihiris)
2 biji bawang putih (dihiris)
5 sudu tomato puri/sos tomato
1 kotak kismis
50 gm gajus
Bawang goreng
Daun sup
5 cawan beras


Cara membuatnya:

1. Basuh beras sehingga bersih dan ketepikan
2. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau
3. Masukkan tomato puri atau sos tomato, kismis dan gajus dan biarkan sebentar
4. Masukkan beras dan kacau rata. Kemudian masukkan air mangikut sukatan beras.
5. Bila dah masak, hidangkan bersama bawang goreng dan daun sup.


**Ayam Masak Merah


Bahan-bahan:
1 ekor ayam
20 tangkai cili kering
2 labu bawang besar
2 biji bawang putih
1/2 inci halia
3 sudu sos tomato
garam secukup rasa


Cara membuatnya:

1. Kisar cili kering, 1 labu bawang besar, bawang putih dan halia
2. Panaskan minyak, tumis cili yang telah dikisar sehingga garing
3. Masukkan sos tomato dan garam secukup rasa
4. Hiris bawang besar secara membulat dan masukkan di dalam kuali. Biar bawang layu sedikit dan boleh dihidang.


**Acar Nenas dan Timun


1/2 biji nenas dihiris nipis
1 biji timun dibuang kulit (belah dua dan hiris nipis)
1 labu bawang besar dihiris membulat
1 biji cili merah
6 sudu cuka makan
4 sudu gula
1 sudu teh garam


Cara membuatnya:

1. Kacau sebati semua bahan di atas

** Hidangan dimakan bersama Nasi Tomato

Bookmark and Share