Renungan Bersama

Renungan Bersama

"Jaga diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka"

"Janganlah kamu meninggalkan solat sekali kerana kamu akan meninggalkannya banyak kali, jangan kamu melakukan kejahatan sekali kerana kamu akan melakukannya banyak kali"

"Mulakan perubahan yang kecil, bermula dalam diri kamu sendiri dan berubahlah mulai sekarang"

"Perbetulkan setiap niat atas pekerjaan/perbuatan yang kita lakukan hanya kerana Allah"

"Orang yang baik adalah orang yang baik agamanya iaitu menunaikan solat 5 waktu dan orang yang baik akhlaknya"

Thursday, June 03, 2010

Tempe Goreng Jawa

Bahan-bahan:
1 tempe dipotong dadu
2 biji tauhu dipotong dadu
100 gm ikan bilis
150 gm kacang tanah
1 senduk cili yang telah dikisar bersama bawang merah dan bawang putih
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Goreng tempe, tauhu, ikan bilis dan kacang, ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis cili sehingga garing. Kemudian masukkan gula dan garam mengikut citarasa.
3. Masukkan semua bahan yang telah digoreng dan kacau rata.
4. Biar seketika dan sedia dihidang.

Bookmark and Share