Renungan Bersama

Renungan Bersama

"Jaga diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka"

"Janganlah kamu meninggalkan solat sekali kerana kamu akan meninggalkannya banyak kali, jangan kamu melakukan kejahatan sekali kerana kamu akan melakukannya banyak kali"

"Mulakan perubahan yang kecil, bermula dalam diri kamu sendiri dan berubahlah mulai sekarang"

"Perbetulkan setiap niat atas pekerjaan/perbuatan yang kita lakukan hanya kerana Allah"

"Orang yang baik adalah orang yang baik agamanya iaitu menunaikan solat 5 waktu dan orang yang baik akhlaknya"

Thursday, June 03, 2010

Karipap Ayam/Daging

Bahan-bahan inti:
4 biji kentang dipotong dadu
1 paket rempah kari daging
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
100 gram udang kering
100 gm daging/ayam dipotong kecil-kecil
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
1 tangkai daun kari

Cara-cara:
1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Tumbuk udang kering sehingga halus
3. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga naik bau. Kemudian masukkan daun kari.
4. Masukkan rempah kari yang dicampur bersama sedikit air dan tumis sehingga garing
5. Masukkan  daging dan kentang. Kemudian masukkan air. Biar sehingga kentang dan daging empuk. Sekiranya belum empuk, tambahkan lagi air dan biar sehingga empuk dan kering.

Bahan-bahan kulit:
1/2 kilo tepung gandum
sedikit minyak / marjerin

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan masukkan ke dalam tepung.
2. Uli sehingga menjadi doh

Bookmark and Share